Suatu hari, Pak Samad menyediakan 2 gelas air tebu dan sebotol cuka masakan. Lalu Pak Samad memanggil cucunya yang sedang leka bermain di laman rumah.
Pak Samad: Aminnnnn... naik, minum air dulu..
Amin: Baik tok...
Pak Samad menghulurkan gelas yang berisikan air tebu kepada Amin. Amin mencapai air tebu itu lalu diminumnya.
Pak Samad: Apa rasa air tebu tu Amin..?
Amin: Sedap atok... rasa sejuk, manis sangat... atok tak minum sama? ehhh.. cuka tu untuk apa atok?
Pak Samad: Cuka ni untuk dicampurkan bersama segelas lagi air tebu ni...
Amin: Atok memang suka minum air tebu yang campur dengan cuka ke?
Pak Samad menuangkan cuka ke dalam segelas air tebu yang tidak berisi penuh lantas air tebu itu dihulurkan kepada Amin.
Pak Samad: Nah.. cuba Amin rasa air tebu ni..
Amin hanya mengikut sahaja kehendak Pak Samad, raut wajahnya seperti menahan sesuatu apabila air tebu itu diminum namun dia tetap menghabiskan juga air itu sepertimana yang diarahkan datuknya.
Pak Samad: Sekarang cerita pada atuk apa yang Amin rasa apabila minum air tebu yang dicampur cuka..
Amin: Mesti la tak sedap tok.. entah apa rasa, macam nak muntah.. tapi.. kenapa atuk suruh Amin minum ...?
Pak Samad: Apa yang menyebabkan air tebu tadi terganggu? disebabkan cuka bukan? jadi begitulah Islam.. apabila Islam dicampurkan dengan unsur-unsur jahiliah, maka kemanisannya akan terganggu.. bila kita tidak mengambil Islam itu secara keseluruhan maka segalanya serba tidak kena. Apabila kita berjaya merasai kemanisan Islam itu.. InsyaAllah kita akan terasa hingga ke pangkal hati.


16 comments:
nice.. alhamdulillah, dialog yang sangt mndalam ertinya dan dapt difaham dengn baik skli..
mntk copy,jazakallah khair.. :)
cantik skali cerita ni,.alhmdulillah,.jgn sesekali rosakkan agama kita sndri,.payah nak dapat yg sejati,.yg kembali pada fitrah ilahi,.hurrm,..
nice one
tu la bl leh jpe.tp skg tgh sbuk.huhuhu
nk kontek cne?akak de fb?t add TH ^^,
kit ala yg mencacatkan islam
ok... i get your point...
Menarik perumpaan. Cerita benar eh?
-wina1979-
islam dan iman itu perlu dijaga supaya kemanisan tetap terpelihara kan :)
alhamdulillah....
cerita yg berunsur pengajaran....
serius suka air tebu yng pure punye tak suka yg letak air gula...
"Selamat Pengantin Baru Lan dan Fyda"
alhamdulillah...aspek inqilabiyyah dalam Islam...cabut jahiliyyah sampai ke akar umbinya, barulah Islam boleh berdiri kukuh!
nice tazkirAH..hehe..
ada pengajaran yang terselit dalam cerita ni.. :D
salam niena...nice n3 dan ada terselit pengajaran yg baik..:)
salam,
entri yang menarik dan ada pengajaran di situ...bagusnya...
Kancil mengajak kamu menyertai segmen Kancil...kalau sudi jomlah ke blog Kancil dan menyertai segmen ketiga kancil
http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-semasa.html
Err,
betullah kan. Kadang aku lalai.
um.
akk, thx sbb bgtaw blog inna kena serang dgn malware...xsedar blog kena serang nie...thx akk! arap2lah xkena lg pas nie...
=]
sukenyeee dgn entri niii
hmmm
jauhi kecacatan yg menghalang kemanisan islam itu kan...
Post a Comment