Seronok kan bila berbicara tentang cinta. Sebab cinta itu merupakan fitrah seseorang manusia. Merujuk kepada cinta, ramai masyarakat kita mendifinasikan ianya kepada berpimpingan tangan, bermanja-manja, ambil gambar berpegang tangan, bersentuh pipi dan macam-macam lagi malah ada yang sanggup berzina..
Alasannya apa? kerana CINTA.. kerana cinta yang melalaikan itu sanggup mengorbankan segalanya. Kalau dah cinta sudah tentu sayang.. Kita sudah tahu perkara salah apabila dibuat akan mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT, kemurkaan Allah itu akan membawa ke neraka, kalau sayang kenapa kita sanggup heret pasangan kita ke neraka ..? itu tidak cinta namanya. Seolah-olah kita melukai dia. Kerana cinta itu akan terluka di neraka kelak.
Sebenarnya masih ada ramai yang tak nampak hubungan itu membawa ke neraka Allah SWT. Jika membuat sesuatu yang melanggar syariat di dalam percintaan, sanggup pula menganggapnya sesuatu yang dibuat mengikut keikhlasan hati, ikhlas melakukan dosa? kita sudah tahu dosa yang dibuat akan dihukum dengan azab Allah yang sangat hebat. Kita telah melukai orang yang kita cinta itu dari awal hingga ke penghujungnya.
Cinta yang hakiki itu adalah apabila kita hendak bersama-sama bersama orang yang kita cinta ke Syurga Allah SWT. Kalau sayang bawalah pasangan itu ke jalan Allah.. sebenarnya cinta itu tidak salah, biarkan cinta itu terbina di atas keimanan dan berada di pagar-pagar syarak. Cinta di atas keimanan InsyaAllah ada bahagiannya. Perbetulkan hakikat ini.. baiki cinta kita, kita masih punyai kesempatan.

13 comments:
Bqhqya betul cinta ni
jage diri
cr cinta y hakiki
betol tu..cinta tu satu fitrah manusia..
jangan sampai ikhlas melakukan dosa.
akan membawa diri ke neraka.
peringatan bersama.
tak ramai yg rela mengorbankan cinta batil nak mendapatkan cinta yang dapat meraih cinta illahi
Setuju niena. Cinta bila disalut dosa itu membahayakan.
betol betol ! :D
salam niena, kalau sudi join:
http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/1st-segmen-santri-komputer-kesayanganku.html
betul setuju dgn pakar cinta
pasangan yg baik akan memimpin pasangannya ke arah syurga cinta...
Cinta itu indah..hehe...kawin dulu baru becinta
susah nak jaga cinta dengan mnusia ni,.payah,..jaga cinta dengan Allah,senang,.tetapkan yg wajib,jangan tinggal,.senang kan?,.hehe,.
Cinta?..betul lah tu niena :)
cinta untuk Islam..tak ramai kan yang buat?
moga cinta y aku ada skrg ini meniti di atas redhaNya...
Post a Comment