Friday, June 10, 2011

Kampung asal kita di mana ?

Kat mana kampung asal kita? bagi yang duk Tanjung Kling.. mesti mereka akan jawab tu tempat asal mereka.. bagi yang dok Kelantan, Sabah.. Sarawak.. Brunei.. erm.. sedangkan kampung asal kita yang sebenarnya kat syurga..

Salah ke saya cakap camtu? tak kan..? siapa atuk nenek kita kalau bukan Adam dan Hawa? Hawa yang diciptakan dari rusuk Adam dan Adam pula yang dicipta dari 12 jenis tanah oleh Allah SWT.. mereka dicampakkan ke dunia dek kerana hasutan iblis laknatullah..

Jadi.. tak mau ke kita kembali ke syurga ..erm, rasa kerdil sesangat diri ni bila di sebut tentang syurga.. sesama la kita buat amal hanya kerana Allah SWT kerana syurga itu terlalu indah.. moga kita dapat balasan yang setimpal ngan setiap perbuatan kita..

"Kerdilnya kita.. Besarnya Allah..

namun Dia tidak pernah lupa akan kita.."

No comments: