Selamat pagi .. ceria tak harini? kalau tak ceria sila lah buat buat ceria.. pagi ni da mula datang keja awal coz incik tuan boss dah masuk opis..! pemula bicara untuk harini adalah "Dia tidak lupakan kita.." siapa Dia tu? pakwe? makwe? suami atau isteri atau sape? peminat rahsie? oh no.. maksud saya adalah 'Dia' itu Tuhan kita.. Allah yang maha esa..
Dia tidak pernah lupakan kita.. sentiasa ada walaupun hambaNya ingkar setiap arahannya.. Dia sentiasa bagi kita peluang, tengok lah kita skang ni.. masih bernafas, masih sihat ..masih leh berblogging.. apa dosa yang kita buat semalam? dan apakah hukuman yang kita dapat harini? erm.. Allah masih bagi kita nafas untuk kita mensyukuri nikmatNya..
Bila masih diberi peluang ni.. jangan la kita sesiakan camtu je.. sentiasa insafi diri, sentiasa bertaubat pada Allah sebab kekadang tu kita tak sedar yang kita ni da wat dosa..
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.." (Al-'Asr:1-2)
No comments:
Post a Comment