Tamo gunakan bahasa yang kasar.. kalau cakap jangan jadi bo*** tu bunyinya agak kurang sopan.. okeh.. ni untuk kaum hawa.. jangan jadi kurang cerdik dek kerana cinta..
Ini entri khas untuk mereka yang berhijab.. kalau yang tidak.. maaf.. bukan nak mengata. Ini sebagai satu pesanan sahaja.. tidak ada kaitan mengenakan sesiapa..
Ada setengah wanita tu.. dia berhijab.. baguss, tutup elok.. semua tempat bertutup.. tetapi.. dengan pakwenya.. isk.. saya cakap berdasarkan penagalaman masa saya belajar ..dalam kelas dulu 96% adalah kaum lelaki.. haaa.. cuba bayangkan macam mana tu? biasalah tentera.. mesti ramai lelaki kan.. jadi apa yang saya nak sampaikan ni adalah dari kaum lelaki sendiri..
Masa dalam kelas, kawan saya ni tunjuk la satu gambar awek XXXX..
"ko tengok ni mek na.. seksi tak awek aku? awek baru oOo.."
"wahh.. seksi gila kentang.. eh.. masa aku jumpa haritu dia pakai tudung..?" soal saya sambil buat belek belek buku.. (demo je)
"ala.. aku kan pakwe dia.. mesti ar dia tunjuk untuk aku sorang.."
Gambar tu dia letak dalam laptop.. bila orang lain pinjam ..orang lain pun tengok.. isk.. dah jadi sisa orang tengok..
Wahai kaum sejenisku.. tolonglah jangan mudah bagi lelaki yang bukan muhrim kita tengok gambar yang tak sepatutnya.. ada yang tunjuk gambar berkemban pun ada.. konon nak cakap kat boipren yang dia tu gi mandi.. aisemen.. apa da.. laki tu bukan konpem jadi suami kita.. kalau tunang sekalipun.. jangan TUNJUK! cuba letakkan value yang tinggi dalam maruah kita tu.. kekadang.. laki tu akan tunjuk gambar kita tu kat lelaki lelaki lain.. bila putus.. laki tu akan cakap.. "ala.. aku dah kenal dia tu.. nampak je baik.. tapi.. hampeh.. suma aku da tengok.." ..
Dan kalau kita berpacaran.. tolong jangan terpedaya dengan janji manis lelaki.. sebagai contoh..
"Sayang.. jaga diri leklok.. solat.. baca quran.. pakai leklok bila nak keluar.. jangan mekap.. nanti orang tengok.. untuk abang takpe.. sayang.. hantar la gambar yang freehair satu untuk abang malam ni.. buat gaya seksi sikit.. nak buat teman tido.." huh.. ayat tu merupakan lelaki yang kononnya beriman tapi dalam keimanan dia tu.. ada syitonn .. jadi berhati hati juga dengan lelaki yang bajet dirinya alemmm tu.. bagi sesetengah perempuan pula.. mereka akan kata.. lelaki tu baik.. syukur sebab ditemukan dengan dia.. tanpa sedar.. dia dapat lelaki yang menggunakan agama untuk tujuan maksiat.. So.. renungkanlah..
Dan yang sedihnya.. mereka adalah dari kalangan yang berkerudung.. moga Allah SWT ampunkan dosa kita semua..
No comments:
Post a Comment