Pagi tadi solat subuh tak? kalau buat.. Alhamdulillah.. tapi kalau tak buat tu tanggung sendiri.. dan bagi yang buat pula belum konpem masuk syurga.. neraka itu mempunyai 7 pintu , menyediakan pintu untuk golongan golongan tertentu.. Allah swt berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 44: "Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka..."
Apabila dahi tidak mencecah sejadah? apa yang akan terjadi.. ini mendorong kita melakukan maksiat.. saya pernah tanya seorang sahabat.. kenapa kamu tak solat? katanya tak mahu jadi orang munafik/hipokrit.. buat tak ikhlas.. tak dapat apa.. saya jawab... jika itu jawapan kamu.. kamu akan terus berada dalam jalan itu jika kamu tidak mahu berubah.. apa salahnya kita paksa diri kita.. mula mula malas.. lama lama sayang nak tinggal.. dan biarlah orang kata orang solat ni tak tentu masuk syurga.. dia cakap macam tu sebab dia tak nak dan dia jugak nak heret kita masuk neraka sama..
Solat yang diterima Allah SWT akan menjaga kita.. bila kita jaga Allah SWT.. maka Dia akan menjaga kita.. jadi abaikan kalau orang nak kata.. "ko semayang pun belum tentu masuk syurga.. " . Dan sama sama kita berdoa agar kita tidak masuk ke dalam 7 pintu neraka itu..
1 comment:
Bagus teguran *direct* macam tu..sbb smua org skrg nak tunggu *sampai seru* baru nak berubah..=(
Post a Comment