Nak beli rumah tak semestinya di kawasan tempat kita dilahirkan kerana Malaysia ni kita yang punya.. jadi kita berhak nak beli kat mana sekalipun..
Mesti ada antara kita ni baru je beli rumah tapi dah pindah ke tempat yang lain.. jadi takkan kita nak biarkan rumah tu kosong tanpa penghuni.. apa salahnya kita sewakan saja rumah tu pada orang yang memerlukan..
Jika kita memberi sewa kepada orang yang kita tidak kenali, pastikan kita melakukan hal hal di bawah:
- Setelah setuju untuk memberi sewa, buat satu perjanjian diantara penyewa dengan kita, perjanjian tu ikut kehendak kita tapi jangan terlalu zalim dan cerewet. Sahkan dengan pesuruh jaya sumpah, tak mahal pun.
- Minta salinan kad pengenalan si penyewa dan minta dia nyatakan maklumat peribadinya, biar orang kata cerewet janji harta kita selamat.
- Ambil deposit,bil api dan air.. ni takut takut dia cabut lari. biasanya 2 kali harga sewa rumah+sewa rumah untuk bulan tu+bil api air..
- Selalu tnya khabar si penyewa dan sebagainya.. mungkin ni lebih mengeratkan lagi hubungan kita dengan dia.
- Bina satu hubungan yang baik antara penyewa dengan kita dan jadikan dia kawan.
Sekiranya rumah kita rosak disebabkan si penyewa, itu adalah tanggungjawabnya. Dan jika mengalami kerosakan yang lain itu adalah tanggungjawab kita, rumah yang dibeli tu diinsurankan jadi kita berhak membuat laporan seandainya kerosakan itu boleh mengancam si penghuni.
Sekiranya penyewa itu keluar, pastikan kunci ditukar! yang penting pintu hadapan dan belakang serta kunci tambahan, tak sampai RM200 pun.. kena selalu berhati hati walau dengan keluarga sekalipun..
No comments:
Post a Comment