Monday, May 30, 2011

Jika buah itu busuk.. pada siapa kita nak marah?

Sekarang ni musim durian ke? tak tau la pulak.. tapi tadi ada tetamu ramai datang kat office.. salah seorang pegawai saya ni suruh la staf kat sini belikan..

Saya tanya staf yang berpangkat koperal tu berapa.. dia cakap RM50.00 dua biji.. buahnya memang besar, kalau saya.. buah semahal tu saya takkan beli.. tunggu musim durian yang banyak baru boleh makan..

Lepas tu kami sama sama kerjakan durian tu.. mula mula kopek buah yang kecik sikit.. isinya tak berapa cantik.. harapkan buah je cantik... terus letak dalam pinggan dan hidang kat tetamu.. lepastu kami kopek buah yang kedua.. buah ni memang besar.. saya bayangkan isinya juga besar dan cantik... tapi hampeh.. isinya tak seperti kulit.. cantik di luar buruk di dalam.. yang boleh diambil lima ulas sahaja..

Mula mula tu kami cakap penipu betul si penjual durian tu.. kemudian terlintas di fikiran saya.. siapa tahu disebalik kulit yang terlindung itu? peniaga itu tak tahu... kita si pembeli ni pun tak tahu.. kalau kita tahu buah tu isi nya tak cantik, mesti kita takkan beli kan? jadi kepada siapa kita harus salah kan?

Durian tu Allah yang ciptakan.. kalau kita menyalahkan buah tu busuk di dalamkan, maka kita menyalahkan siapa? hurm... moral yang kita dapat kat sini.. buah yang cantik tak semestinya mempunyai isi yang sedap.. begitu juga dengan manusia.. manusia yang cantik tak semestinya memiliki peribadi yang bagus..

No comments: