Orang kedekut ni tak kemana pun.. harta yang ada tu bukan boleh buat mati.. kita hidup ni kena la bersedekah.. ada yang harta bertimbun banyak tapi takut nak sedekah.. sebab apa? takut duit berkurangan.. risau takut tak dapat beli batu nesan kot!!
Macam mana pula kalau yang miskin? patut ke sedekah? kan tak ada duit.. kita nak makan pun susah.. ni pula nak sedekah kat orang.. patut ke..? tapi kat negara kita ni rasanya tak ada lagi yang mati kebulur kot..
Ok.. bagi saya kalau nak bersedekah ni tak perlu lah dengan duit yang bertimbun.. cukuplah setakat kita termampu.. sedekah secawan teh untuk orang tua yang minum semeja dengan kita dengan ikhlas.. mungkin tu lebih diterima Allah.. orang yang sedekah berjuta-juta ringgit sampai masuk dalam TV.. tu belum tentu lagi Allah nak terima.. bukan saya kata Allah tak terima, kena FAHAM tu..
Bila kita sedekah.. memang duit berkurang.. tapi yang ajaibnya kita akan rasa sedekah tu telah membantu kita.. duit yang ada dengan kita tu akan sentiasa cukup.. semakin sedekah.. Allah akan permudahkan rezeki kita.. insyaAllah.. rezeki ni pula tak semestinya pada harta dan pangkat..
Jadi.. mulakan sedekah kita hari ini.. tanamkan dalam diri kita.. "semakin sedekah.. semakin kaya.." jadikan sedekah tu hobi kita.. tak perlu banyak tapi yang penting keikhlasan...
“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”
(al-Baqarah: 271)
p/s: sedekah tu akan membantu kita di akhirat...
3 comments:
Dipersilakan sangat2 tuk join segmen :)
he..paling tak pun sedekah dgn senyuman..bkn wang ringgit sahaja
betul.... :)
Post a Comment