Friday, May 20, 2011

Sikap orang kita

Sekarang ni kalau kita sedar perniagaan di internet kat Malaysia ni dah semakin popular.. tapi tak lah setanding negara barat nun..

Tapi ada sesetengah orang kita ni masih lagi rasa ragu-ragu.. dijamin sampai ke? tu hak masing-masing kan.. tapi kalau kita tak cuba.. tak tahu kan? saya pun buat perniagaan internet jugak.. tapi sejujurnya yang saya buat sekarang ni 'dropshipping'..

Item yang saya jual saya akan upload ke FB.. so selalu lah ada yang komen-komen.. ada rezeki orang beli.. tapi yang saya sakit HATI.. nih .. nak cerita pasal SAKIT HATI sangat-sangat dah ni..

Saya pun tak tahu lah nak cakap macam mana.. senang cerita.. ada pelanggan yang main-main.. ha.. tu yang sakit hati.. memang lah.. kita sebagai peniaga ni kena lah bersabar tapi 'anda' yang membeli tu kena la kasihan kat si peniaga tu.. sebagai contoh.. dia nak barang tu berkualiti... tapi.. nak yang murah.. mana dapat dik... barang berkualiti mesti lah mahal... yang tu tak kisah lagi.. biasa la pembeli kan.. mesti nak harga yang murah.. tapi yang tak tahan.. siap kutuk kita lagi.. "eleh.. ni mesti brand ciken je ni kan...".. 

Yang paling ramai lak macam ni... saya nak yang tu.. nanti cop ye... tunggu seminggu.. sebulan.. dan seterusnya... bila kita tanya.. nak tak barang ni? dia jawab.. nak .. nanti lah saya bank in duit tu ye.. tapi sampai 2-3 bulan masih tak ada.. sah-sah kena tipu. cuba fikir.. apabila kita cop barang tu.. mesti  peniaga tu dah simpan untuk kita.. bila barang tu pelanggan lain yang betul-betul nak beli .. tapi dah disimpan untuk kita.. siapa yang rugi??

Kalau kat ebay pun dah banyak kali terkena.. memang buat orang rugi.. tahu kan.. kat ebay tu kalau kita nak add item yang kita jual kena bayar.. tau kan? tapi ada antara mereka yang memain.. 100% yang selalu saya kena.. orang kita ni lah... dia buat macam ebay tu main game pulak.. kalau click 'buy' atau membida.. bila dah menang.. automatik item kita lepas tu dah tak ada.. kira dah sold.. tapi orang tu tak nak bayar.. dah rugi kat situ.. kalau 30sen untuk satu item? kalau 10 item dah berapa???

Apa-apa pun kena bersabar dengan kerenah pelanggan.. buat masa ni orang yang memain dengan saya.. tak pernah lagi lah saya maki hamun walau seteruk mana orang tu buat.. niat saya nak berniaga ikhlas kerana Allah ta'ala.. sambil dapat mengukuhkan kewangan saya ni.. jadi saya harap sangat.. lepas ni tak ada dah orang nak main-main macam ni..




No comments: