Monday, May 23, 2011

dah memangnya sifat lelaki..

sebelum saya tulis lebih lanjut.. saya harap anda sedia membaca penulisan ni dan tak ada satu sen niat pun untuk saya menjatukan sesiapa.. kalau ada dikalangan anda yang marah.. jangan marah pada saya kerana ini adalah datangnya dari jari saya , so kalau anda nak marah.. sila la marah pada jari jemari saya ni.. okeh..

tanpa membuang masa.. satu topik sebelum pejabat ditutup adalah mengenai "LELAKI" .. dah sememangnya lelaki.. saya tak kata yang tengah baca ni.. saya kata orang lain.. saya tahu.. yang tengah baca ni semua baik baik dan alem alem semua.. hehe..

eh.. sebenarnya nak teruskan tidak ni ye? tapi takpe lah.. alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.. alang alang buat pekasam.. biarlah makan sampai pengsan..

ramai di kalangan lelaki (tak semua.. jangan perasan) kalau nak cari isteri.. mesti cari yang solehah.. nak yang masih suci.. nak yang pandai mengaji.. nak yang baik pekertinya.. nak sempurna lahhh.. tapi... bila bercinta (tak kata awak!).. cari pompuan yang seksi, yang lawa.. yang slim, taknak kalah depan membe.. nak  yang ... pape lah.. malas nak kutuk orang.. tapi.. dirinya tu mengalahkan dotdotdot... tak nak cakap lelebih ,nanti Allah marah! saya cakap sebab benda ni memang ada depan mata saya. bukan main sebat je tau! bila nak kawin.. dia cari yang lain maka meranalah pompuan yang dibuatnya makwe tadi.. dan makwe tu buat lah benda yang tak senonoh akibat ditinggalkan..

jadi ..pesanan saya, sila berbuat baik sesama manusia.. bagi lelaki.. kita anda diberikan tanggungjawab sebagai khalifah di mukabumi Allah SWT ni.. tolonglah jangan menodai wanita dengan tangan mu.. bimbinglah kami ke jalan yang diredhai.. dan bagi wanita.. jagalah akhlak serta perilaku kita.. seindah hiasan adalah wanita solehah...

sebenarnya saya tulis ni sebab nak mengingati diri saya sendiri dan ukhti semua .. jangan jadi wanita yang saya sebutkan tu dan bukan niat saya nak menjatuhkan sesiapa... saya menyusun sepuluh jari beserta sepuluh lagi jari kaki memohon maaf senadainya kaum lelaki tak puas hati.. kalau tak puas hati sila buat surat rasmi dan kita jumpa di mahkamah..

No comments: