Monday, May 23, 2011

bantulah mereka ..kalau nak bumi selamat!

pernah dengar Henry Gurney? pusat serenti? penjara? bagi korang ...kenapa mereka masuk tempat tu? hmm.. macam macam kan.. dan ada juga yang tak bersalah.

apabila mereka keluar dari sana.. setelah menjalani hukuman dan cuba ingin membina dunia baru di luar... bagaimana layanan kita pada mereka. yang keluar tapi tak insaf tu toksah cakap lah.. memang ramai.. tapi perlu ke kita singkirkan mereka?

ada satu kisah benar saya nak kongsi.. ni bukan reka woOo.. talak tipu punya. satu kisah yang terjadi pada seorang pakcik yang saya hanya boleh gelarkan dirinya pakcik rahsia. ok.. pakcik ni ada anak lelaki yang agak nakal.. pakcik tu tak pernah nasihatkan anak dia tapi pakcik tu  selalu marah .sampai satu tahap anak dia ni kawan dengan geng doktor.. pakcik tu pun tuduh la anak dia tu terlibat sama.. dengan rasa tercabar anak dia amik bebetul sampai la ketagih.. satu hari.. dia kena tangkap.. kira kira 3 tahun, dia keluar selepas menjalani hukuman di pusat serenti. kat pusat serenti dia menunjukkan sikap yang baik, siap jadi iman lagi sebab tu dia diberikan pengampunan dan dipendekkan tempoh hukuman..

tapi yang masalahnya pakcik tu selalu sangsi pada anak dia ni.. dengan kata lain macam tak caye walaupun  anak dia tu betul betul dah tobat. dia dah buang anak dia tu dan tak mengaku anak lagi .orang kampung pun sama.. kalau ada kes kecurian mesti dia yang kena tuduh. satu hari ....anak dia ni tak dapat terima layanan pakcik tu.. sehinggalah dia mencuba kembali.. lepas tu terus keluar masuk penjara.. sehinggakan dia mencatatkan rekod tertinggi memasuki penjara.. belum sempat namanya dicatitkan ke dalam The Malaysia Book Of Records.. Allah telah menjemput dia terlebih dahulu setelah bertahun menghidap AIDS..

jadi.. apakah membuang mereka dapat menyelesaikan masalah? orang yang seperti mereka patut dibela agar dia tak kembali lagi kepada kehidupan lama. bagi ibu bapa pula.. jangan la buang anak tu dan tak ngaku anak lagi.. rugiii... dah berapa kilo beras habis untuk besarkan dia dan dah berapa bucket KFC abis dibelanjakan mereka. takkan nak lepas maacam tu je.. melalui cerita yang saya kongsikan tu.. kita sendiri dah dapat menilai apa yang patut kita buat .

semoga kita sama sama menyelamatkat graduan pusat serenti... jangan abaikan mereka.. semoga Allah sentiasa bersama kita semua dan menjauhkan kita dari sifat sifat yang mementingkan diri sendiri..

No comments: