Sunday, December 7, 2014

UFUN, uToken.. UDBP bank, BDG Bank, Nico Financial & persoalan saya

Sebenarnya agak serba salah untuk saya update entri nie, tapi .. kerana terpasa aku relakan .. saya sangat tertarik dengan UFUN sebenarnya sebab tu seboleh-bolehnya saya siasat dari akar umbinya. Tujuan saya ingin mencari yang halal .. nak tolong suami sara keluarga oi, nak bagi anak makan, dan tentu la kena siasat kan, tak ada maksud nak jatuhkan sesiapa..

Apa yang saya difahamkan UFUN dengan perogram utoken membuat perjanjian meterai " Strategic Technical Partnership" dengan bank utama dunia, entah .. ada yang kata dari China, Bangkok, Vietnam.. Ini bermakna penggunaan utoken tidak memerlukan kelulusan dari BNM, SSM malah KPDNKK . Siapa yang tahu pasal Bitcoin, fungsi Utoken lebih kurang macam tu laa..

Bagi saya semua pasal UFUN saya dah luluskan untuk diri saya, masuk berita .. keluar akhbar , siapa tak kenal Bina Puri? saya bekas pelajar binaan, sedikit sebanyak saya mengenali Bina Puri walau tak sepenuhnya. Berkenaan dengan 3 bank tersebut .. saya rasa macam tak pernah dengar, saya bukan ahli saham .. so sememangnya saya tak pernah tahu pasal bank-bank dunia, yang saya tahu.. World Bank, di Washington.. maaf, betulkan saya jika saya tersilap..

Ok.. Ini saya cuba nak confirm kan balik, tanya pada leader yang hebat.. dan dah dapat perolehan dari utoken..


Sebenarnya saya dah buat carian pasal bank tersebut, tapi takut tersilap saya tanya lagi sekali ..dan ternyata sama dengan apa dengan hasil yang saya dapat pagi tadi.. Seterusnya, saya up gambar pasal UDBP Bank ..



Apa yang anda faham tentang gambar tersebut? Saya tak boleh terima kalau ada orang kata bank dunia macam nie , bayangkan satu laman web bank yang lebih hebat dari BNM .. bayangkannn? value tak sampai USD 500? laman web berusia tak sampai 2 tahun? dari ceruk mana ntah saya tak tahu .. siap pakai P.O.Box..? ok .. mungkin saya tak pandai, saya bukan pakar ekonomi .. ada lagi, laman web ke 2..


Yang tu laagi akal saya tak boleh terima .. bank dunia tapi kenapa website dia macam tu? owner country.. Malaysia... Ya.. negara kita yang aman damai nie, kenal kan Malaysia .. hurmm.. anda semua tengoklah sendiri.. dan yang ketiga.. yang nie memang saya tak dapat dari sesiapa, saya search Nico Financial tapi tak jumpa.. the only one !! ini yang saya dapat ..




Ini terus terang saya cakap saya tak tahu .. saya hanya search kat google dan itu je yang saya jumpa ... semua bank dunia yang didakwa gred AAA usia web tak sampai 2 tahun...

Maaf sekali lagi, bukan niat saya untuk menjatuhkan sesiapa .. saya tak kata ini scam, saya cuma tak yakin dengan kenyataan ketiga-tiga bank yang dibuat. Saya tak halang sesiapa nak join benda tu, kalau boleh saya pun nak join, saya bukan bergaji puluhan ribu, hidup saya tak mewah .. kadang-kadang belum sampai pertengahan bulan dah kering, tapi modal sebanyak tu InshaAllah saya boleh dapatkan, cuma keyakinan masih samar-samar.

Saya yakin entri saya nie akan dihentam oleh sesetengah pihak, mungkin ada yang menyokong .. ada yang kata jeles, mungkin !! mungkin ada yang akan cakap orang berpendidikan tinggi pun sertai benda nie, doktor .. ustaz, ustazah .. hurm .. itu kehendak mereka, sedangkan pengikut ayah pin pun ramai yang hebat, pengikut syiah pun ada yang ustaz, itu semua terpulang .. ! seminggu lebih saya cuba search benda nie kat google .. kat FB .. UFUN Thailand, tak faham maksud saya tanya sahabat saya yang berbangsa siam.

Ada yang kata ketiga-tiga bank tersebut tak penting, berapa usia tak perlu tahu .. katanya yang kita patut ambil tahu duit tuu, pada saya semua tu WAJIB !! Jika kenyataan bank-bank tersebut salah itu sudah salah satu penipuan. RM3,000.00 .. tak banyak untuk dunia sekarang , tapi sebuah kepercayaan..? boleh beli dengan RM3,000.00 ? terus terang saya katakan .. saya amat tertarik dengan UFUN tapi buat masa ini hati masih berkata TIDAK ..

10 comments:

Anonymous said...

TERIMA KASIH KERANA POST SAUDARI, SEBENARNYA UDBP BANK MEMANG WUJUD DAN TELAH DIBERI LESEN KEWANGAN OLEH RESERVE BANK OF VANUATU. UNTUK MENYOKONG DAN MEMBUKTI IANYA WUJUD SILA KE 2 LINK DI BAWAH. HARAP-HARAP DAPAT MEMBERI KEYAKINAN KEPADA SAUDARI.

KEMUNGKINAN SIASATAN SAUDARI TAK SEHEBAT SIASATAN SAYA KERANA DALAM SETIAP SIASATAN SAYA, SAYA MENGGUNAKAN SUMBER2 YANG ADA UNTUK MENDAPATKAN JAWAPAN DENGAN TIDAK MELENTING. KALAU TAK MELENTING TAKKAN POST DALAM BLOG KAN. :)
tKASIH.

http://www.rbv.gov.vu/attachments/article/295/Press%20Release%20No%2003%202014%20RBV%20Issues%20New%20International%20Banking%20Licences.pdf

http://www.dailypost.vu/news/article_8bd58d89-a86e-5875-b42d-1f71afd6d2bd.html

Anonymous said...

satu lagi

Banque de Developpement de Guinée (BDG)juga wujud ...sila semak dilink berikut:

http://www.swift-code.com/guinea/swift-code-deuugng1.html

semua bank mempunyai swift code tersendiri.

So..... jangan kata

"Sebenarnya agak serba salah untuk saya update entri nie, tapi .. kerana terpasa aku relakan"

TKasih

Anonymous said...

dah banyak aku komen....so giliran untuk jawab pulak.

Tkasih.

Anonymous said...

Sayapun keberatan juga nak cerita pasal pakej2 yg lebih kurang sama aje dengan futurebarrel, 2kali.com, bossventure, perfway, arba. Kenapa ada pakej2 tersebut. Syarikat tak ada duit nak byr ka? Jika modal 10k Kenapa perlu buat pinjaman?

Anonymous said...

Selalunya skim lagu ni Kenapa tak ada sokongan dari pnb? Kenapa tak ada sokongan dari bnm? Kenapa tak ada sokongan dari bank bank tempatan?

Anonymous said...

kahkahkah.. dah lingkup dah.nyesal aku tak jumpa link ni dulu.dah melingkup baru nk cari.

Zaleha said...

sedih sgt2.duut pencen suami habis diguna utk pelaburan ufun ni.lag8 sedih bila duit tu utuk baiki rumah besarkan lagi.menyesal sgy2 kwn2 tahu pencwn dia buat baik.sefih teramat sgt2.niat maduk dulu sbb nak gandakan duit sekarang terus terkubur

Niena Muhammad said...

sekarang mcm mana? cuba komen encik anon yg budiman

Niena Muhammad said...

nak sokong mcm mana kalau money game..

Anonymous said...

sedih sgt2.dia kata lagi 2 tahun baru dpt bonus.dulu janji lain YaAllah. moga2 mereka yg terlibat akn dibawa ke muka pengadilan