Saturday, April 12, 2014

Ajal dimana sahaja


Tengah keja tetiba abang niena text kt group family, satu link harian metro mengenai kemalangan yang meragut 3 nyawa... Allahuakhbar.. seriau rasa... tapi nak buat macam mana dah macam tu ajalnya..

Tapi bila kita fikirkan balik kan, kemalangan ni ada kat memana je, bukan kat jalan raya je.. sebagai contoh kemalangan udara (tak pasti kemalangan@rampasan)  MH370.  Nak baik kapal... kapal pun boleh karam kat lautan. Mak niena pun masa dulu-dulu takut nak naik flight katanya takut jatuh.. sekarang ni elok je boleh naik flight.

Jadi untuk apa kita takut untuk menaiki ketiga-tiga jenis kenderaan tu? bila Allah dah tetapkan cara kematian kita maka itulah dia dan kita sebagai hamba biasa ni tak mampu untuk mengelaknya, kematian tu ada dimana-mana sahaja. Tak kira dengan cara apa.. 

Dalam surah Al-Imran juga ada menyebut kematian itu adalah pasti, cuma kita ni tak tahu cara kematian kita bagaimana..lokasinya di mana dan memang kita tidak akan dapat jadual kematian kita sesungguhnya mati itu sesuatu yang misteri, itu adalah rencana Allah S.W.T.

Tetapi sebagai seseorang mukmin sudah tentu kita mengharapkan Husnul Khatimah. Jadi bagaimana caranya? sudah tentu berada di jalanNya. Minta kita dijauhkan meninggal dunia dalam keadaan suul khatimah, InshaAllah.. 

No comments: