Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... selamat pagi dan salam sejahtera kepada reader yang bukan Islam... harap pagi ni semuanya baik-baik... InsyaAllah.. pagi ni masuk kerja 0645, lebih awal sebab ada gotong royong pasukan...
Ok.. merujuk pada tajuk kat atas, rasanya semua dah tahu... ramai yang tak ambil kisah tentang bulan Islam kan, kekadang tu bila tanya dalam bulan Islam tarikh hari ni berapa, ada yang cakap kuno la pakai bulan Islam, erm... ye ke? kalau tak tahu tarikh tu biasa la, kekadang bulan omputeh pun kantoi gak. Tapi ada yang tak tahu langsung sekarang ni kita berada dalam bulan apa... tu pun ada. Yang tu boleh dicop agak parah... ada diantara kita tak? sah... kita memang parah..
Tapi..... ada tarikh-tarikh yang memang glamer, biasanya tarikh ni hampir semua orang tahu, dan setiap pekerja mesti ambil tahu tentang tarikh-tarikh ini. Kenapa? sebab biasanya tarikh begini kita akan bercuti... so semua alert, kan..? termasuk saya, kekadang tu tensen gak bila tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu. Tapi kalau lah tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat, Ahad atau Isnin memang best.. sebab direct terus, campur dengan weekend, dah boleh balik kampung.
Ini adalah tarikh yang sememangnya kita tahu....
12 Rabiulawal - Maulidur Rasul
27 Rejab - Israk dan Mikraj
1 Ramadhan - Awal ramadhan
17 Ramadhan - Nuzul Al Quran
1 Syawal - Hari Raya Aidiladha
10 Zulhijjah - Hari Raya Aidiladha
1 Muharram - Awal Muharram
Kalau tak caya, cer tanya member sebelah dan biar dia jawab secara spontan.. "Hari ni dalam bulan Islam berapa haribulan ye? erk.. sekarang dalam bulan Islam kita berada dalam bulan apa ea?" mesti ada yang akan jawab... "Jap ek.. nak tengok kalendar...."
11 comments:
Aki tak tau sangat giliran2 bulan2 tu.. tapi aki tetap tau n ingat tarikh2 penting tu sebab cuti.. He he he.. So,pastu aki mesti tau dah bulan brape dalam kalendar Islam.. ^_^.v..
Betul tuu!! saya pon tak tauuu! bukan tak tau, tapi tak ambik tau. huuu~~ poor me. Astaghfirullah! :'(
Betul tu..cuti minggu ni jatuh hari ahad, so bo cuti 'direct terus' sampai isnin...
Malam ni balik kampung, cuti..hehe
alhamdullilah cuti isnin
salam.. ingat tarikh2 bila melibatkan cuti.. tapi bulan tu Alhamdulillah kalau orang tanya mash boleh jawab cuma tarikh je kurang sikit.. bukan je tarikh dalam bulan islam, kekadang tarikh bulan omputeh ni pun leh lpe... huhuu..
fikiran kita berjaya dikuasai oleh kalender masihi...sebab tu tarikh2 penting dalam bulan islam dilupai...yg tahu, CUTI!!!
betul2! saya sendiri pun kadang2 terlupa!
betul tu! sebab kita tak dibiasakan dengan bulan islam ni...
yang ingat cuma tarikh2 penting seperti di atas je!
jarang nk ambik tahu tarikh2 dlm islam ni..huhu
walau kalendar depan mata tapi time tu je ingat tarikh dalam bulan Islam, lepas tu lupa akibat dah terbiasa dengan calendar omputih..
Kalau anak sekolah agama mesti tahu sebab buku sentiasa tulis tarikh kalendar Islam. Anak kakak lagi hari ini masih periksa SDEA (Sijil Darjah Enam Agama) so kalau lupa takut tak datang untuk periksa...
Post a Comment