Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati.. Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ?? Lalu Fatihah bertanyakan kepada rakan sekelasnya...
Fatihah:Kenapa ye mengecilkan hati orang kita berdosa? berkecil hati juga berdosa?
Aisyah:Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Fatihah:Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Aisyah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Fatihah:*blur (>,<)'
Aisyah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Fatihah:Ooooooo... Ook...(n_n)'
Aisyah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati... Maknanya kita tak redha dengan Allah... Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah... Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah Astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu...
**Copy dari FB tapi dah edit sesikit... erm, nak redha tu kekadang susah kan..? jawapannye kena polish hati dengan lebih gigih...
24 comments:
betol...
heee~
ohh macam tu eh kak..baru tao..thanx share :)
Selalu cuba tak mahu ambil hati tapi semakin usia meningkat semakin mudah terasa hati...
Astaghfirullah al-azim ...
susahnya nak jd redha mcm tu bila ada org kecilkan hati kita...
baru tahu. maceh berkongsi. ;) info yang sgt berguna. ;)
insyallah akan cuba redha!
aha..betul tu..hari tu ade baca kat blog merle..versi anak dan ayah...
ha'ah kan...hati kene strong...xmo kecil2 hati dah...;)
kena gigih polish hati pasni.....:)
Nauzubillah kan..
p/s: patut macam pernah baca je..hehe..;)
insyaAllah kira akan lebih redha lepas nie...
malaikat atid tunggu sampai 3 kali kita buat dosa barulah dia tulis tetapi kalau kita taubat, maka dosa tersebut dihapus semula dalam buku catatan amalan kita....
uik, baru saya tau. hehe. thanks for sharing kak :)
pernah gak bace dari blog kawan tapi lain sikit. hehe! :)
ooo macam tu plak ye... saya pun baru tahu ni.. selama ni saya selalu berkecil hati je bila kena hina kawan2 sebab saya ni tak sempurna,.. huhu
Ramai org yg sukar nak redza, sebab tu lah banyak parti politik muncul, ramai pula yg keluar masuk parti, sebab mereka dari kalangan org2 yg sukar utk redza...
Entry baru JR:-
Final Bola Malam Ni: Pemain Malaysia Suka Berlakon?
Susahnya menjaga hati sendiri..muhasabah diri itu boleh juga merawat hati..
susah jugak kalau sesuatu yg melibatkan hati dan perasaan ni..huhu
takotnye la
mekasih untuk entri ni.. :)
emmm
betol kak
masih ingat kan mimi kak :)
oleh itu.. berhati-hati..
bila bace entry ni baru rasa motivational sikit :)
Post a Comment