**AUTOPUBLISH**
Rasulullah SAW bersabda :
''Perumpamaan aku dan perumpamaan kamu adalah seperti seorang lelaki yang duduk berdekatan unggunan api maka banyaklah belalang dan rama-rama yang menjatuhkan diri ke dalam api itu, maka orang itu berusaha sedaya upaya untuk menyekat binatang tadi supaya jangan sampai jatuh ke dalamnya. Aku (Rasulullah SAW) berusaha memegang simpulan kamu supaya kamu jangan jatuh ke dalam jurang api neraka, namun ramai di kalangan kamu yang masih juga hendak melepaskan diri daripada peganganku''. (Hadith Riwayat Muslim)
Ya Rabbi... Nabi sanggup pegang kita dari terjatuh ke dalam api neraka, tapi kenapa kita ingin melepaskannya... kenapa kita masih tidak sedar... Ya Allah, takutnya... takut sekiranya taubat ini tidak diterima Allah.. rasa percikan lilin semalam masih sakit, apa lagi panasnya api neraka.
Setiap kali mandi, saya melihat buih-buih sabun mengalir laju mengikut saluran.. namun ada buih yang masih degil... melekat-lekat di dinding, seolah-olah bebuih itu tidak mahu melepaskan dirinya... Takut kalau-kalau dosa semalam masih degil begitu... mungkin ungkapan maaf itu masih belum sempurna lafaznya kepada sesama manusia... Ya Allah... lembutkanlah hati manusia itu agar mengampunkan dosa-dosa saya ini..
19 comments:
akakkkkk....
xnk lpskn....
orang sekarang tau apa tu taubat tapi tak taubuat.
subhanallah................
moga kita sama2 ingat mengingati..
PS: niena moga kamu cepat sembuh ya dik
errrr.. terasa keinsafan.. kita mmg seringkali leka & lalai.. semoga kita boleh berubah kpd yg lbh baik..
as salam..
usah khuatir..
yang penting, malina dah tunaikan permintaan meminta maaf..
eh.dah masuk waktu. yuk solat
=)
Pegang kuat-kuat, jangan sekali-kali lepaskan walau apa pun terjadi..
:'))
insha-Allah :')
sentiasa muhasabah diri...^^
Setiap kali solat terus panjatkan taubat. Dialah Maha Penyayang, Dialah Maha Pengampun yg sentiasa mendengar suara kita hambaNya, aminnn...
Entri terbaru di blog JR: "Bola: Kim Swee Pecat Baddrol Bakhtiar??"
perlu kejujuran ...
bimbang dosa masih melekat...
WW# mampukah kita balas???
selalunya..salah kita
niena!!...hehe..lama xjalan2 sini..akk bz la ngan assgmnt n keje sek..ni br bernafas cket
peringatan yang sangat bagus. kadang2 kita terleka.
peringatan yang bagus lagi...
kita yg x reti nk berpaut...
nice entry (^_^)
Post a Comment