sumber di sini~
Al kisah, baru aje balik dari gym.. masa tengah tunggu giliran curi-curi dengar 2 orang makcik dalam lingkungan 40-an bersembang, kata makcik tu dia punya lutut memang dah tahap kritikal, nak berjalan pun tak boleh, lepas tu dia mula mengeluarkan ayat-ayat yang rasa dirinya sangat-sangat rendah, bukan rendah inci tau tapi kurang keyakinan diri.
"Saya rasa solat saya ni pun Allah tak terima, ye lah.. solat duduk.. rasa tak sempurna." ujar makcik tersebut... erm, betul ke? Allah tak terima solat kita kalau kita duduk? erm.. bila banyak orang menggunakan alasan tersebut maka berlaku lah ramai manusia yang tidak bersolat.. sebab apa? rasa diri tak sempurna.
Berdiri merupakan salah satu daripada rukun solat TETAPI itu untuk orang yang sihat, tapi orang yang sakit macam kita ni, dibolehkan duduk.. duduk di atas kerusi, baring atau menggunakan isyarat, bila saya rasa lutut ni sakit sangat saya solat dengan cara duduk di atas kerusi sebab lutut ni dah tak bleh nak dilipat, dah tak mampu..
Apa sebab kita nak rasa solat kita tak diterima Allah? sedangkan orang yang berdiri dengan sempurna belum tentu lagi solatnya diterima Allah. Betapa kasihnya Allah kepada hambaNya.. nak solat pun Dia bagi kita keringanan. Jangan ambil susah tentang solat.
Baru-baru ini saya ada tengok melodi, seorang artis yang sakit dan terpaksa memakai lampin kerana najisnya sentiasa mengalir, katanya dia tak dapat solat sebab keadaan camtu, jangan cari alasan diatas kelemahan diri kita.. tapi anggap itu satu kelebihan.. baca INI jika berminat.
Sebagai contoh.. saya boleh solat atas kerusi, anda-anda semua boleh buat macam saya buat? sila la jeles sebab saya ada keistimewaan yang anda takde.. ok, sila jangan ambil pusing hal macam ni.. ingat, Islam adalah agama yang memberi kemudahan. Jangan kita nak mencari kesusahan. Bagi yang masih was-was tu sila jenguk-jenguk SINI.. dan rujuk kepada orang yang lebih arif.. bertanya jika tak tahu. Jangan buat-buat tahu.. !
30 comments:
betoi tu akak..pak.cik syieda dulu pernah sakit lutut, die jadi imam n duduk atas kerusi.. ^_^
islam itu tidak pernah membebankan kita... jadi janganlah kita beri macam2 alasan pulak!
secara jujurnya... kata2 makcik tu buat kita cari ilmu adakah cara solat duduk diterima...
p/s: ada mcm2 cara solat bagi yg tak berkemampuan... nak solat dengan 'kasih sayang' tak semudah yg disangka... bukan sekadar solat semata2... setiap gerakan ada hebatnya yg tersendiri...
terima kasih untuk entry2 yg buat saya rasa segar selama ni dari blog awak secara peribadi...
islam dah tunjuk cara2 yang mudah untuk orang yang tak mampu melakukan solat secara berdiri..soal diterima or tidak, serahkan pada Allah s.w.t janji kita ikhlas melakukan..:)
betul, islam itu mudah yang selalu menyusahkannya adalah kita..suka sangat bagi alasan..renung-renungkan..
akak solat atas kerusi?
dulu pernah solat duduk melunjur sekejap sebab eksiden..
untuk orang tak mampu, Allah da bagi rukhsahnya...takde alasan untuk tak solat...
Islam itu mudah dan amat memudahkan untuk umatnya...tak berdiri duduk, tak boleh duduk, baring, tak boleh baring pakai isyarat tangan, tak boleh tangan pakai isyarat mata dan last sekali adalah dengan hati. kalau hati pun tak boleh maknanya dah mati...
islam itu mudah..tapi jgn memudahkan islam untuk kita
huhuhu..solat itu bnyk cara bg yg kurang berkemampuan..adakah alasan bg seorg yg tidak mempunyai kaki utk tidak bersolat?meskipun dy tak mempunyai kaki,dy masih blh solat dlm keadaan duduk...tak boleh berdiri,duduk atas kerusi,duduk tahyat,mengiring(baring),paling kritikal gune isyarat..see walau ape jua keadaan skalipun solat itu WAJIB..soal diterima oleh Allah atau tak terpulang pada Dia..asalkan kita sudah melakukan yg TERBAIK..mohon moga amalan kita diterima...islam is the way of life~
thanks kak for sharing..^_^
sy rase semakin hari entry akk bnyk yg mndktkan diri padaNya dan membuat sy sendiri sbg pembaca berfikir..
semuanya suka mencari alasan daripada kebenaran
opah mimi dah solat duduk bertahun lamenye sebb keupayaan x mmpu nk berdiri,
tapi skrg alhamdulillah, dah kembali sihat, dah bole solat berdiri =]
rukhsah solat itu sungguh terbaik!
islam bukan agama yang menyusahkan hambanya..
kita buat setakat terdaya. diterima atau tidak dah tentu itu kerja DIA.
terkesima! huhu. makcik tu hebat! membuatkan saya berfikir.
kekurangan bukan satu alasan...
Betul..
Islam tu mudah..
jangan cari alasan dngan kata Islam tu payah..
Islam tak payah.. tapi kita yang payahkan diri sendiri...
good points there..lagipun islam nie telah memberi rukhsah kepada mereka yg mengalami kesusahan utk solat secara berdiri...
perkongsian yang diselitkan dengan peringatan. thanx.
kita kan ada rukhsah waktu solat..huhu..jangan terus tak solat..huhu..terima kasih kak niena atas peringatan ni..huhu
kadang2 kita yang sihat ni pun suka beralasan tidak mahu solat. tula, kita memang mewah dengan alasan. hmmmm.
Salam, Che Mid pun pernah macam tu, solat duduk sebab sakit lutut, mujur tak lama. Tapi memang rasa sedih sangat sebab tak mampu buat cara berdiri.. menangis sedih sambil tahan sakit.
p/s ; Mohon singgah di blog che mid, ada entri yang sangat perlukan komen sahabat. tk
Islam itu mudah.
manusia merumitkannya sebagai alasan tidak mahu mengamalkan ajarannya.
Islam itu tak membebankan umatnya :-)
Thanks a ton for stating your opinions. Being a writer, I am always in need of unique and different solutions to think about a topic. I actually uncover fantastic creativity in doing this. Many thanks
My blog is about [url=http://www.familyvacationspotsideas.net]Cheap family vacations[/url].
That's really interesting. Thanks for posting all the great information! Had never thought of it all that way before.
My blog is about [url=http://www.businesstraveltours.com]Business Travel[/url].
[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#aqttb]buy cialis online[/url] - buy cialis , http://buycialispremiumpharmacy.com/#wwwlc buy cialis
[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#swiqu]buy viagra[/url] - buy viagra , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#iwmog viagra online
[url=http://buyonlineaccutaneone.com/#kjqrv]cheap accutane[/url] - buy accutane , http://buyonlineaccutaneone.com/#vhjso accutane cost
[url=http://buyamoxilonline24h.com/#ysino]order amoxil[/url] - cheap amoxil online , http://buyamoxilonline24h.com/#rsmod cheap generic amoxil
Post a Comment