
google~
Dalam menyusuri pepasir putih di tepian pantai, aku berhenti seketika tatkala mulai merasai kepenatan, sebelum kembali memulakan langkah yang panjang, ku toleh ke belakang, kelihatan kesan telapak kaki ku.. ia hampir terpadam dek hempasan ombak... Begitulah kehidupan ini diumpamakan.
Sesekali berhenti, pandanglah ke belakang... mungkin ada dosa-dosa silam yang telah berbekas di pasir kehidupan.. dan bertaubatlah, moga-moga taubat itu menghapuskan noda-noda silam, sebagaimana ombak membersihkan pantai dari kekotoran yang menghitam...
9 comments:
terlalu banyak dosa semalam, ibarat pasir ditepian pantai
Well Said Kak Niena.. Kadang2,jalan di depan pun kita masih memilih untuk buat dosa,sedangkan tapak kaki (dosa) kita yang di belakang masih hangat lagi.. Selamat hari Jumaat Kak.. ^_^.v..
Astaghfirullahaladzim
terlalu byk kesilapan yg dh dilakukan.. :(
bila ombak menghempas pantai,tapak kaki akan hilang dibawa air,hopefully dosa2 kita terhapus dgn amalan kita.amin.
terima kasih kerana mengingati
sementara masih diberi peluang
moge dosa yang silam
membuahkan mutiara kini =]
moga2. tercuci dosa2 bila kita sedari n bertaubat. n paling penting tak ulang lagi
Post a Comment