Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... selamat pagi dan salam sejahtera buat reader yang bukan muslim, apa khabar semua hari ni? moga-moga semua sihat... selepas pukul 1200 semalam saya menghilangkan diri.. malam tak larat dan online dan hari ini bermula lah kuasa baru yang mana saya bertukar posisi di dalam perkhidmatan ini.
Walaupun tugas yang bakal saya buat hari ini dan seterusnya .. walaupun tugas ini agak sibuk tetapi saya lebih puas kerana ini lah bidang saya yang sebenar. Petang semalam saya ada urusan di bank.. pergi clear cek. Hujangdan ribut di Masjid Tanah, Alor Gajah, Sg Udang dan Kem Terendak semalam banyak memusnahkan tanaman, kediaman dan perniagaan penduduk setempat namun saya yakin ada agenda Allah... kerana Dia lah yang menurunkan hujan itu..
Dalam perjalanan dari bank ke bilik, lebih kurang jam 1545.. hujan mulai turun, angin juga semakin kuat. Sewaktu berhenti di stesen minyak, saya lihat ada sepasang suami isteri turut berhenti. Si isteri menjadi pembonceng, saya lihat dia memegang tongkat. Tahu lah saya yang kaki suaminya itu patah, tangannya juga turut dibaluti simen.
Motosikal pasangan itu agak usang. Dan dia kemana-mana menggunakan motosikal itu biarpun dalam cuaca yang tidak mengizinkan. Membuatkan saya terfikirkan sesuatu. Jika kita berasa susah, masih ada yang menanggung penderitaan lebih teruk dari kita. dan jika kita merasa pasangan itu susah, masih ada yang lebih teruk dari mereka berdua. Jadi bersyukur lah dengan apa yang telah dikurniakan oleh kita sekarang.
Mohon maaf.. saya tidak dapat membalas kunjungan anda pagi ini, lepas ni saya akan terus ke hospital untuk mengambil tarikh rawatan fisioterapi saya yang baru.. InsyaAllah jumpa petang atau malam nanti..
23 comments:
InsyaALLAH.
Huhu! Beduk diketuk!
betol tu. jikalau kite susah, masih ade yang lagi susah dari kite..^_^
memang betul pun kan..sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki..
salam Niena..betul tu...kita sebenarnya lg bertuah dan senang dari mereka2 di luar sana....kita mampu nak baca internet..nak layan email..sedangkan kat luar sana..masih ada manusia yg tak pernah mengecapi nikmat it semua ni....
D pernah praktikal dalam hutan dkt ngan [enempatan org asli - kesian tengok mereka serba kekurangan...takde elektrik..takde sumber air bersih...
Ok, jumpa malam nanti ye...haha :)
salam niena....jumpa lagi mlm nanti yer...:)
dah bace pun...hehehe...kadang2 yang merapu tu syok gak bace
bui sll rs kesian pada org2 yg buat kerja buat bangunan..ntah kenapa,tapi kesian sangat
brsyukur la dgn keadaan kita
fisioterapi?
eksiden ke before ni?
Sentiasa bersyukur dan redha disamping berusaha utk mencari yg lebih baik...
balas kunjunganmu... =)
sy juge seorang penunggang motorsikal.. bile memandu.. walaumacam mana keadaan sekalipun kite mesti perhatikan dan dulukan org yg menunggang motorsikal.. tambah pule bile lalu di jalan air bertakung.. tengok2 kalau ade motorsikal.. perlahankan kenderaan anda... takut2 air bertakung tu terpercik kepada mereka... =)
dulu kak aina bawak motor terasa seronoknya kalau ada kereta tetapi sepatutnya kita tengok kebawah pandang org yang jalan kaki dan naik bas baru kita akan rasa bersyukur...
see ya..
aku pun selalu fikir cam tu... kalau kita susah akan ada lagi orang yang susah dari kita...
bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha ke arah yang lebih baik..
bersyukur dengan setiap yg di berikan....
fisioterapi tuk pe nina?
betol tu kak!
bersyukur la kan
kita ssh
ada lag yg ssh dr kita ni...
moge akak cpt sembuh cm selalu taw kaki tu!
TH bila tgk org2 cmtu
mesti sllu doakan moga hdup mrk dirahmati
fisioterapi?kenapa?
betoll..ketahuilah ada insan yg lagi ssh lg dr kita..so,jgnlah kita mengeluh dan b'syukurlah dgn nimat kurniaan Allah :)
bersyukur dengan apa yang kita ada..
sebab segalanya milik Allah..
Post a Comment