Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk itu pasti akan menemui ajal. Tetapi kebanyakan manusia itu menailai kematian itu dengan pelbagai tanggapan. Menggunakan akal logik bahawa kematian itu hanya akibat tragedi. Dalam masa 24 jam.. 70 kali Malaikat Izrail mendatangi kita, bila? entahlah.. kita sendiri pun tak tahu.. mungkin sekarang ada bersama kita. Siapa tahu? dia ghaib.. andai sahaja kita dapat melihatnya.. pasti tiada kejahatan di dunia ini.
Mengingati tentang kematian itu bagus. Memang kita patut mengingati kematian.. Tetapi jarang manusia yang sanggup mengingatinya biarpun dia tahu bahawa kematian itu pasti. Berapa kerat sahaja manusia yang sanggup menghadapi hari kematiannya? Semua berharap agar dipanjangkan usia.. dan usia kehidupan itu diisi oleh pelbagai ragam kehidupan. Terpulang pada individu itu sendiri untuk memilih bagaimana cara mengisi kisah hidupnya.
Tetapi bagaimana pula mereka yang berdoa agar kematiannya dipercepatkan? ada manusia begitu.. bukan tiada, ini khususnya bagi mereka yang menemui kekecewaan, seseorang manusia dilarang berdoa atas kematian atas apa sebab sekalipun. Bagaimana kita tahu kematian yang kita pinta itu mungkin baik bagi kita? Entah kali ke berapa kita membuat perkara yang kita sangkakan baik tapi tidak seperti yang kita jangkakan.
Terkadang kita membenci sesuatu tetapi ianya baik untuk kita.. dan kita menyukai sesuatu tetapi tidak semestinya ia terbaik untuk kita. Dia lah yang Maha mengetahui dalan sesuatu hal. Jadi tak perlu lah kita mendoakan kematian untuk kita.. siapa kita untuk berdoa begitu..? orang lain yang sakit berjuang untuk hidup.. tetapi kita? hargailah nafas selagi ianya masih ada...
"Jangan seseorang kamu bercita-cita untuk mati disebabkan kemudharatan yang menimpanya di dunia, akan tetapi hendaklah dia berkata : "Ya Allah, hidupkanlah aku, selama hidup itu baik untuk aku, dan matikanlah aku selama-mana mati itu baik untuk aku." (al-Bukhari)

27 comments:
orang ingat mati paling cerdik. Hehe! :D
ambo baru nak komen mace syafiq.
sentaiasa ingat kehidupan hanya pinjaman
walau tau mati itu pasti tapi ada jugak yang buat tak endah dengan kehadirannya
mengingati mati meningkatkan keimanan.
toink2
suke hadis itu diselitkan dlm entri ni =]
entri yang menarik. thanks akak :)
sentiasa ingat akan kematian!
faham suda..:) thanks
muhasabah diri dengan mengingati mati....
sentiasa ingat....
hidup hanya sementara...
semoga kita sentiasa ingat mati...
tidur tu mati kecik..tapi rama berehi tido
mengingati itu kan bagus :)
sentiasa b'sedia utk mati dgn kumpul sebyk mana amalan.. :)
Erm tula
tak baik doa cmtu
mati itu pasti
hidup itu insyallah
dapat pahala pe ingt mati ni kan akak
ada apa dengan tarikh 24/10 ??
assalam, akk folo sini,kematian satu kemestian, sampai masanya akan tiba jua, bersama kita mengigati kematian, bukan berdoa utk mati
:) muhasabah diri bersama-sama.. :)
erkkk... ingat mati ingat mati ingat mati...
bunuh diri berdosa hukumnye..TQ kak niena for sharing dan saling mengingati insan yg mudah alpa ni..kematian itu pasti tapi tak tahu bila dan tempat..
kematian sememangnya harus diingat, tapi janganlah berdoa dan memohon akan kematian. that's totally wrong perception :'(
kena muhasabah diri saya ni. thanx utk peringatan.
betol2...kalau ditimpa ape2 masalah, syieda akn ngs then trus baek. lagi pendam lagi terus. last2 pikir nak mati. jauhkanlah kita dari perkara mcm tu.amin...
assalaualaikum niena...semua orang akan mengalami kematian cuma x tahu bila masanya kn...:)
Post a Comment