
"Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.”
(Muslim)
Sudah menjadi lumrah bahawa manusia itu tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya.
Sesungguhnya dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT.
Oleh itu beristighfar amatlah dituntut dalam Islam kerana ia boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan. Tetapi sayang, kita sukar sekali mengamalkan istighfar ini padahal ia sungguh ringkas dan mudah sehingga akhirnya bertambah-tambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari lantaran kelalaian dan tabiat suka bertangguh.
Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah S.W.T tetapi ia juga sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang.
Kalau tersedar melakukan dosa cepat-cepat mohon keampunan dari Allah SWT...Tapi kalau kesalahan dengan manusia kena minta kemaafan manusia dahulu. Allah SWT sentiasa menerima taubat baik siang atau malam..
19 comments:
Semoga kita sentiasa beristighfar & memohon keampunan dari Allah...
kalo buat dosa tak rasa langsong takut..tak rasa langsong nak bertobat..tu ade sumthing wrong sumwhere ngn hati kita,,
Saya akui memang kadang leka dan lupa nak istighfar.
-wina1979-
sama2 renung balik diri..cukup ke amal aku ni !
betul tu..mengakui kesilapan dan dosa..dan memohon ampun tak kira dari manusia ataupun Allah..itu yg sebaik-baiknya..
tak pernah tertutup puntu taubat tu kan :D
baguskan kalau kite selalu beristigfar
peringatan yg bagus...
=]4betol tu kak
mungkin kite istigfar sikit2
tapi lelame kalo kerap dah berkoyan2 kite buat kan
alhamdulillah..x ssh pon kan..=]
kekadang kita tidak sedar bahawa kita pernah buat dosa kat orang lain...lebih baik memohon maaf
tima kasih kak niena..huhu..
istiqamah dengan kebaikan, jauhi kejahatan dan elak jatuh ke lubang yang sama 2 kali
hablum minAllah wa hablum minAnnas....
bertaubatlah kita sebelum terlambat!
ramai yang taubuat dari taubat... huhu...
salam niena...Allah sentiasa memaafkan umat2nya yang memohon keampunan dan bertaubat...:)
Singgah sini bawa german cookies utk tuan umah...;-)
kena byk muhasabah diri...^^
selagi masih kesempatan berusahalah ke arah itu..
Post a Comment