TAUBAT.. taubat seringkali dikaitkan dengan keinsafan... memohon keampunan kepadaNya. masih ramai di antara kita yang sedar kesilapan diri sendiri namun seakan 'terlupa' akan kesilapan itu lantas kesilapan demi kesilapan dilakukan sehinggakan.... nafas itu terhenti.. Astaghfirullahalazim, semoga kita bukan salah seorang yang tergolong di kalangan golongan itu..
Hakikatnya ramai manusia yang berdosa melakukan taubat dan kembali ke jalanNya. Ada juga jenis manusia yang melakukan taubat namun kembali pula ke dunia jahanamnya, melanggar taubatnya dan terus hidup di dalam derhaka..
Kita seringkali mendapat khabar gembira, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, dan pelbagai lagi.. dari mana berita itu jika bukan dari Allah SWT..? Tetapi jika menerima sebarang musibah... seringkali kita menyalahkan takdir, kita hanya mengingati Dia tatkala musibah melanda. Sedangkan dalam masa yang sama kita menderhakai Dia dengan menyalahkan takdir.
Apakah kita tidak mehu membuat sesuatu yang menggembirakan Dia? Rasulullah Saw bersabda, “Sungguh, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR.Bukhari dan Muslim). Dan Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah menerusi potongan ayat 222 “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.”
Wahai sahabat.. tidakkah kita ingin dikasihai Allah? sampai bila lagi anda ingin termanggu dengan keluasan kasih sayang ALLAH..? Apabila kita berada di dalam ulukan maghfirahNya barulah kita merasai kenikmatan mendekatiNya, barulah kita menjadi penasaran berjauhan denganNya, barulah kita merasa keinsafan akibat hidup dalam derhaka dan kemurkaanNya.
Kembalillah ke pangkuanNya yang Maha Mencintai..
29 comments:
perkongsian yang baik
kena banyak bersyukur atas apa nikmat yang diberi..baru berkat hidup ni.
salah kan takdir tu sama dengan tak percaya qada' dan qadar...
nikmat hidup di dunia bersyukur la sebelum terlewat
berkata mudah, tapi melaksanakan itu susah
syukur dengan apa yg ada....
hurm..ingtkn mati
sentiasa mengingati Allah dalam hati..
semoga taubat kita diterima Allah..
terima kaseh kongsi :)
nak jadi baik. siapa yg tak nak kan. ;)
betul tu. satu lagi entry keinsafan dan kesedaran dikongsi.
MOHD NASER.com
aduhaii
terasa diri ni kecill je...
tq nina.. info yg baekk
orang yg betol2 taubat takkan jatuh ke dalam lubang yg sama 2 kali
ingat mati..ingat sakit..ingat saat kesulitan kita..
tawadhuk..jgn sombong dgn Allah..jgn ego utk cecahkan dahi ke sejadah..sujud memohon keampunan NYA...hmm
nak meninggalkan yang kebiasaan tu memang ambil masa. cuma kekuatan dan ketaatan kepada Nya akan merubah segalanya..
semga taubat kita diterima oleh Allah swt
iman pasang surut...
kebanyakkan leka kerana tidak nampak azab neraka.
nice poset makcik . sorang pompuan menawan like entri kaumehehhe
setiap yg berlaku ada hikmahnya
Betul tu selalu buat dosa diri ni.
Terima kasih atas ingatan.
-wina1979-
thanks for sharing.. marilah bertaubat nasuha..
info yang menarik....apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya dan kita kekadang tidak lepas dari melakukan kesilapan...
jalan menebus dosa dengan bertaubat
Astaghfirullahalazim..
Kesenangan duniawi tu kadang kala melekakan sesiapa yang terus tergoda dengan godaannya..
xnk masuk neraka
kena tahan dengan dugaan.. nak melaksanakannya memang payah..
berusah ke arah yg baik2.
nice sharing kak..
Post a Comment