Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. selamat pagi dan salam sejahtera buat pengunjung semua... apa khabar harini.. moga ceria-ceria selalu...Apa tujuannya ye ? hmm... apa tujuan saya tulis entri ni ? kang kalau tulis ada yang kecik ati plak.. tapi.. nak tulis gak.. hmm.. kita sudah sedia maklum, baru-baru ni ada kejadian santau melalui gambar di facebook.. adakah kita amik ikhtibar dari kejadian tu ?
Bila fikir kembali, apa tujuan kita letak gambar banyak-banyak kat laman sosial? (khusus untuk wanita) antara hikmahnya wanita difokuskan di dalam Al Quran dalam penjagaan aurat ialah wanita sangat dijaga kemuliaannya oleh Islam dan fitrahnya mempunyai daya yang tinggi untuk mencairkan ketahanan iman orang lelaki..
Ramai yang bangga upload gambar-gambar dengan pelbagai aksi yang menggoda, apa yang saya tahu dengan sengaja kita meletakkan gambar di dalam laman sosial tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih lagi jika gambar itu ada aksi yang menggoda, boleh melemahkan iman seseorang, dan boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada diri, keluarga dan yang lain. Jika ada maksud tertentu yang boleh diterima oleh syara' tetapi haruslah berpenampilah sopan, penuh adab dan seeloknya bersama-sama rakan yang lain atau bersama suami dan ibu bapa..
Adakah kita merasa bangga diri apabila dipuji, "awak cantik.." "awak seksi.." "hai, boleh berkenalan.." adakah itu yang kita nantikan? rasanya sebelum saya menghasilkan entri ni, ramai lagi yang dah hasilkan entri sebegini, namun saya sebagai seorang sahabat dan seorang saudara seislam.. rasanya tak salah kalau saya nak ingatkan kembali.. sama-sama kita memperingati dimana kelemahan diri kita..
12 comments:
niena nice share
saling mengingati antara satu sama lain
hai..blh berkenalan?? hehehe larik!! :p
private kan lg bagus...huhu
mmg ramai orang camni.. lagi2 budak baru abih belajar spm.. yang tengah stadi pon banyak.. hehehee... sy pon tanak buat.. takat gbr bese ader la hehehehehe
Orang kenal kita... Tapi kita tak kenal orang...
Ni yang bahaya... Lebih baik berjaga-jaga...
pics khas utk kawan2 jek....Nwy..jgn post yg bukan-bukan
letak gambor tujuan nak orang puji..mmg bnyk la penyakit hati
akak pun upload gak gambar kat FB, tapi khas utk tatapan diri sendiri dan adik beradik je!
no gambar seksi2 ye...heheheheee
huuuuuuu
takot dgn skrg ni
gambo x bole boh sesuke ati kan...
double meaning tu....
nice sharing kak <3
cik tam sendiri tak letak gmbo kat mana2...hehehe.segan ngalahkan pompuan...hehehe
Post a Comment