Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera buat semua pembaca setia Niena dan buat semua pembaca yang tak setia dan tak berapa nak setia.. senang cerita buat semua... dah, usah merepek di pagi hari.. meh kita bercakap mengenai isu ini biarpun ianya agak lapuk..
Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni tapi memandangkan sejak akhir-akhir ni saya agak sibuk, terpaksalah tanggungkan dulu niat suci murni ni.. isu mengenai produk beracun dan makanan yang tidak halal.. Macam kita lihat sekarang, kita berada di negara Islam, tetapi hak kita sebagai orang Islam sering dipandang remeh, yang terang lagi bersuluh kita dapat lihat adalah isu makanan mengenai mentega yang mengandungi unsur-unsur babi. Isu itu sudah lapuk tapi kenapa ini terjadi?
Adakah pihak yang berwajib tidak mengambil kisah hal ini? sering saya perhatikan, setelah sesuatu produk yang dijamin "HALAL" itu berada di pasaran, dah sudah mendapat perhatian daripada pengguna tetiba jer makanan tu disahkan tidak halal? kenapa tak dari dulu sebelum produk itu diperkenalkan lagi? cop halal seolah-olah tidak menjamin kesucian sesuatu produk itu, tak kisah lah makanan atau alat solek.
Adakah jenayah yang berlaku kini adalah hasil dari pemakanan kita? mungkin jugak jenayah yang simbah asid tu banyak makan mentega tu kott? isk.. dah, melalut lagi.. Seperti juga produk yang beracun, ubat-ubatan contohnya.. nak dikatakan kerajaan tidak membuat kempen, dah pelbagai kempen dibuat, tapi masih ada jugaj yang berdegil, media cetak dan media elektronik kah yang tidak memainkan peranan? kalau dulu saya sering lihat ada iklan-iklan ini tapi sekarang ni takde dah.
Lambakan produk beracun dan bermercun di pasaran kini kian meningkat, adakah tidak mendapat pantauan dari pihak tertentu? pada saya kita takleh nak salahkan satu pihak jer, kalau tiada permintaan maka tiadalah pasaran. Kadang-kadang kita ni mudah terpengaruh dengan iklan yang dibuat..
Ok lah.. nak sambung keja jap... nanti kita ngumpat lagi eh..
17 comments:
macam2 kan sekarang nie....
bahaya la kan
inilah jadinya bila tak telus
mercun+racun=merosak. hahahadoi.
tulah kan, sekarang kena hati2 bila nak beli produk ni..
phak trtentu kna buat spotchck kt setiap kilang mkanan..
kna hati2..
mmg bahaya la klau tekene/terbeli brg yang beracun atau tak halal
Di Thailand yang negaranya tidak ramai org Islam pun sedang kajian untuk buat produk halal untuk orang Islam..
Produk beracun pula berpunca dari pengeluar yang tamak
kesian kat pengguna kan
aduhaiii
semoga semua penggua berhati2 la kan =)
tautakpa,
Sepatutnya dari dulu lagi benda ni dikaji, ni tak
siap dah keluar sijil HALAL jakim lagi, tuptup haram.
mercun senang nak dapat.. budak2 syok main..
beracun: kena lebih pemantauan..
ni la masalahnya bila selalu pikirkan nak dapat untung.. produk tu bahaya, beracun semua bantai ja jual..
yup, sebenarnya..kita adalah apa yang kita makan...
produk beracun..kosmetik bnyak kan kak :D
makanan yg halal membawa berkat, makanan yg haram membawa karat..
huhu .. mkn pasie je la cmni ..
ade logo halal pn tak tentu lg kesucian dan halalnya
apa yg saya perasan la, sesetengah benda tu dah diragui halalnya dan setelah disahkan pun masih xdidedahkan kpd umum.macam senyap2 je kena bgtaw benda ni xhalal, benda ni halal. kiranya maklumat xsampai dan yg xhalal tetap msh dianggap halal.mcm ada komplot je yg mhlng benda tu diketahui umum.wallahualam...
kadang2 kita beli mkanan dr pengusaha islam yg kita rasa halal tp bagaimana pula bhn mentah yg digunakan. adakah ia halal juga?
Post a Comment