Kita adalah makhluk yang lemah, terciptanya kita ini juga telah dipersoalkan oleh makhluk langit..
“Dan ingatlah ketika ALLAH SWT berkata kepada malaikat bahawa AKU hendak menjadikan khalifah di atas muka bumi, telah berkata mereka, adakah KAU hendak menjadikan di dalam bumi itu mereka yang merosakkanya dan menumpahkan darah? Sedangkan kami bertasbih memuji KAU dan menyucikan namaMu?”
Allah SWT yang Maha Penyayang itu menjawab;
“Sesungguhnya AKU lebih tahu, apa yang kamu semua tidak ketahui”
Lalu terciptalah manusia yang ninamakan makhluk Insan. Kita ini digelar MANUSIA yang bermaksud 'yang pelupa'.. atas sifat kita nasia. Hiduplah manusia ini dengan penuh kelupaan, berenang di dalam harus hasad dengki, khianat mengkhianati. Hidupnya dihambakan kepada dunia, hingga terlupa tugas sebenarnya untuk apa.. lupa Tuannya.. ! siapa Tuan kita? Allah SWT.. Dia pemilik nyawa kita, Dia yang menciptakan kita..
“ Dan tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadah”
Terkadang ada diantara kita terlupa yang kejadian kita ini dipersoalkan. Terlupa bahawa dirinya diciptakan dengan penuh kasih sayang. Terlupa bahawa sebelum dilahirkan, dia mempunyai perjanjian dengan Pemilik NYAWANYA..
“Dan (ingatlah) ketika Rabb-mu mengeluarkan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil persaksian terhadap nafs-nafs (jiwa-jiwa, anfusihim) mereka: “Bukankah aku ini Rabb-mu?” Mereka menjawab, “Benar, sesungguhnya kami bersaksi(syahidna)“
Tetapi manusia benar-benar lupa. Langsung tidak ingat dengan janjinya sebelum lahirnya dia. Terus mengejar aktiviti duniawi yang menyesatkan.. tersesat di lorong yang gelap.. Sebanyak mana masa yang berkualiti kita buat Dia ?
19 comments:
peringatan buat diri fa.. terima kasih kak niena :)
info terbaik pagi ni... thnx kongsi...
bagus la entri ni..suka :)
salam. dah follow jugak blog ni. jgn lupa singgah lagi ke blog edy ya. tq
thnks share ni...peringtn tok diri..;)
=) tQ kak utk peingtatan ini. Masa itu bukn emas..mas itu bergeak senadi dgn nyawa kan kak.
saya juga seorang yang pelupa =(
tiba2 rasa diri tak berkualiti :(
akak sayang .. akak sayang nak kisssssssss hahahahaa
ps ade atok hencem kat umah .. nak x ? :p
PS: grrrrr.. akak blum jdik nenek lgih !
manusia mudah lupa..
**hai niena!!! thanks for supporting me ya!
kita insan yang lupa dan
tidak pernah bersyukur.
nice entry.. :)
entry2 niena selalu mengingatkan bui..thanks dear ^_^
kte kna slalu saling mengingati :D
manusia sentiasa alpa, namun kita punya teman serta khazanah yang rasulullah tinggalkan, al-Quran.
kualiti..errrr...
wahh thnx share niee peringatan utk diri nadia jugakk :)
thanks kak niena... dah hampir 24 tahun saya hidup di dunia ni, entah sebanyak mana masa yang saya isi dengan betul2 berharga..
as salam..
alhamdulillah..
perkongsian tazkirah dan teguran..
sama-sama kita perbanyakkan masa hidup kita demi redha-Nya..
no more entri hari ni main dengan kucing, komen hahaha!
erkk!!!! dsb.
rugi sungguh. apa salahnya berkongsi pendapat dan teguran dalam komen.ikhlaskan niat, berfikir dengan positif
;)
Post a Comment