Air.. kita sendiri tahu air itu bentuknya macam mana, kedudukannya bagaimana.. digunakan untuk apa.. memberikan banyak manfaat kepada kita.. sewaktu dipantri tadi, saya pasang pili.. air mengalir melimpah-limpah laju memenuhi ruang gelas.. saya biarkan.. ia terus mengalir mencari kemana haluannya.. bila ditutup.. air itu akan berhenti lalu bertakung di sinki..
Hilal Asyraf pernah cakap melalui siri motivasinya di video, jadilah kita seperti air yang mengalir.. kita sering dilanda masalah, musibah tidak akan berhenti menemui kita selagi kita masih hidup.. kita akan sentiasa menemui cabaran itu dan kadang-kadang ianya sudah membuat kita rasa bosan.. sehinggakan rasanya ingin berhenti dari segala-galanya..
Kenapa ambil air yang mengalir sebagai contoh? cuba anda ambil gelas.. dan tuangkan air, pastinya dia memenuhi ruang itu mengikut bentuk gelas tersebut, dia akan mencari ruang yang ada bagi mengatasi segala halangan.. sekiranya air itu melimpah, ia akan terus mencari ruang yang mana dia boleh pergi, tidak berhenti dan tidak akan mengalah.. air yang mengalir itu akan keluar mencari jalan.. tapi jika sekadar air yang bertakung maka ia tidak akan keluar daripada halangan..
Allah SWT berfirman di dalam surah Adz-Dzaariyaat menerusi ayat 58.. "Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai Kekuatan lagi sangat kukuh.." Allah yang memberikan kita segala kekuatan.. kekuatan Allah itu sangat kukuh dan tidak akan habis tenagaNya.
Allah SWT juga berfirman di dalam surah An Nisaa' ayat 139 "...Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." Kita sepatutnya mengharapkan pada Allah dan meminta pertolongan daripadanya tetapi ada juga yang mengadakan hubungan dengan yang lain selain Allah Ta'ala sebagai pembantunya.. sebab itulah kita rasa ingin berputus asa.. jadi untuk menjadi seperti air yang mengalir itu.. kita kembali kepada Allah SWT..
23 comments:
tazkirah jumaat..
bagus ;)
muhasabah di hari jumaat.. terasa diri ini dimotibetetkan.. mekaseh sis/..
utk muhasabah diri ini.. thx kak niena ^^
jangan sampai menjadi bah yang meranapkan apa sahaja dalam laluannya..
jadilah seperti air ..^^
sentiasa mengalir walaupun menghadapai cabaran sebesar mana ..
motivasi yg ckp bgs utk dijadikan panduan n itkibar.. trm ksh.. :)
tazkirah jumaat.. :)
jgn berputus asa dan berhenti berusaha. :)
thank you cik niena .
nice entry ;)
good shares la ^^ thanks
kak niena!! hehehe blh jd penulis kuthbah hari jumaat nie :D
tazkirah di hari jumaat :)
nice entry niena.
nak jadi macam air.
insyaAllah.
akan kuredah segala halangan dan ujian ini :)
tazkiyatun nafsi fi yaumul jum'ah..syukran akak :)
haaa..khutabah ari nih :D
tazkirah ari ini..
air yg mengalir! hmmmmm ... yg sentiasa bergerak menuju destinasi ... :)
best..
http://meckomecka.blogspot.com
Air ini akan beruba hikut keadaan... betul tak?
thnkx sis atas perkongsian tersebut..
nice sharing sis...:)
alhamdulillah
entry yg penuh motivated! like..
http://pelangichanteque.blogspot.com/
cnk followw;p
berfikir..
thank you sharing dis..
Post a Comment