Terkadang saya rasa pilu, sedih dan sayu.. air mata ini ingin menumpah laju, teringin rasanya kalbu ini menjerit seluruh di benua.. tapi apa guna, saya takkan menjerit tetapi sakitnya amat pedih..
Sekiranya berada dalam keadaan getir atau pahit.. kita seharusnya berada dalam keadaan waras.. kawal akal kita ini agar sentiasa memandu dalam lorong yang selamat.
Kita ada ajaran, ada kitab suci untuk diamalkan, ada sunnah ajaran Rasul.. kita tiada siapa-siapa? kita ada Tuhan.. pinggirlah kekecewaan itu, tetapkanlah hati.. bertahan dengan panahan piluan itu.. usah biarkan kekecewaan itu meragut keceriaan di wajah kita.. jangan biarkan ia mencabut senyuman di bibir, merampas segala ketenangan di hati..
Kekecewaan ini jika dipuja ibarat membenamkan tongkat di tanah, kita cabut.. lihat ada lekuk-lekuknya.. bekasnya tetap wujud dan tiada sirna. Hakikat ini kita harus tanggung, itu dugaan.. cabaran.. bukan hidup namanya jika tiada cabaran.. cuma kuat atau tidak, kita yang harus bijak mengawal emosi itu.
Wahai hati mu.. damailah.. tenanglah, andai kau ditimpa dugaan, ngat.. Allah SWT sentiasa memujuk kita... Firmannya yang bermaksud;
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali-Imran:139)
hmm..btul..nice..
ReplyDeletekuatkan hati tu pentingkn
jangan sedih la akak sayang
ReplyDeletekau ok ke ?
ReplyDeletemcm pelik je.
" kita tiada siapa-siapa? kita ada Tuhan.. pinggirlah kekecewaan itu"
ReplyDeleteAllah lah tempat kita mengadu dengan doa-doa kita!!
yee..kuat kan hati :)
ReplyDeleteknpa entry mcm sedih je kak..
ReplyDeletekecewa tu ujian n cabaran dlm hidup kita. supya boleh blajar dari kesilapan n pngalaman..
:) sedih itu indah .
ReplyDeletehayatilah ia sblm ia pergi
senyum akak..itu ubat bg kita dalam kesedihan :D
ReplyDeletebetul tu sangat mnarik penulisan awak
ReplyDeletebila sedih..ingatlah Allah..hny kpdNya tmpt kita mengadu
ReplyDeleteakk sedang bersedih ka?
ReplyDeletehmm,kuatkan semangat..mcm akk kata,kita tak bersendirian...Allah sentiasa disisi kita..^^
air mata yang mengalir itulah yang menjadi kekuatan pada kita suatu masa nanti.yakin la ye, insyaAllah..!! chayokk! =)
ReplyDeletela tahzan ukhti ku..
ReplyDeletehadapi dengan senyuman
kesedihan kdg2 dtg dlm hidup sebagai satu ujian utk melihat keteguhan iman manusia..^_^
ReplyDeleteJangan bersedih...sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..=)
ReplyDeletekn la jaidk org yg beriman lu...:)
ReplyDeleteJOM singgah blog saya nak... ape nye semua nie...tak paham la...
la tahzan ...biar saja awan biru itu trs berlalu ...byk2 brdoa :)
ReplyDeletekuatkan hati .
ReplyDelete