Mak pesan.. andai satu hari nanti jika kita susah macam mana sekalipun sampai tahap tak boleh nak makan, jangan sampai kita gadaikan maruah diri kita semata mata untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan..
Teringat saya dengan satu kisah seorang wanita dan tukang besi.. dia meminta kepada tukang besi itu makanan ..tukang besi tu akan bagi dengan syarat dia menyerahkan tubuh kepadanya.. wanita itu tidak mahu.. setelah berkali kali wanita itu pergi, jawapan si tukang besi tetap sama ..sehinggakan suatu hari, Allah telah memberikan hidayah kepada lelaki itu, dia pergi mendapatkan wanita itu, tubuh wanita itu tersangatlah lemah.. akhirnya tukang besi memberikan makanan kepadanya dengan ikhlas tanpa meminta apa apa..
Wanita itu berdoa pada Allah.. jika lelaki itu benar, dia mohon Allah menyelamatkan si tukang besi dari api di dunia dan di akhirat..
Si tukang besi balik, ketika dia memasak ..bara api jatuh ke kakinya dan dia sedikitpun tidak tercedera dengan bara yang panas itu.. setelah itu dia mendapatkan wanita itu dan memberitahu bahawa doa itu telah dimakbulkan..
Lalu wanita itu berdoa.. “Ya Allah Engkau telah mewujudkan doaku, maka cabutlah nyawaku saat ini juga”. Terdengar suara dari mulut wanita itu dalam sujudnya... Allah kembali mendengar doanya.. wanita itupun dijemput ke Rahmatullah dalam keadaan sujud..
Demikianlah kisah seorang wanita yang menjaga kehormatannya meskipun harus menahan rasa lapar yang tiada tara...
2 comments:
Moga dikuatkan Iman spt wanita ini...
insyaAllah :)
Post a Comment