Friday, June 3, 2011

Kenapa berlakunya penceraian..

Talak adalah perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah SWT.. perkahwinan memerlukan satu komitmen yang serius diantara pasangan suami isteri untuk hidup bersama sepanjang hayat.. tujuan berumah tangga ialah untuk mencari ketenangan hidup , lihat surah Ar Rum ayat 21.. 

Namun sekarang ni seringkali kita dengar ada saja penceraian, baik dikalangan artis mahupun masyarakat biasa.. Islam membenarkan penceraian sekiranya:  
  • Terjadi kecurangan/pengkhianatan yang dilakukan suami dan isteri
  • adanya derhaka terhadap agama dari salah satu pihak. Misalnya salah satu murtad/keluar dari Islam.
  • Takut menderhakai/melanggar perintah agama.
  • Suami tidak dapat memenuhi nafkahnya.
  • Isteri sakit yang menyebabkan tidak boleh menuaikan tugasnya sebagai seorang isteri.
  • Adanya kekerasan di dalam rumah tangga.
Apabila penceraian itu berlaku, mesti salah satunya berkait dengan di atas? dan banyak yang saya tahu ianya berpunca dari no 1 yang saya nyatakan itu.. kenapa? kerana kita sendiri yang gagal melaksanakan tanggungjawab Allah SWT..

Kenapa saya kata begitu.. lihat sahaja di awal pernikahan. Mengadakan majlis yang besar besaran sehingga melakukan pembaziran, awal awal telah dilaknat Allah kerana si Isteri mencukur kening.. itu bukan saya yang cakap tapi di dalam sebuah hadis sahih ada disebut..
“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu,wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari dan Muslim)
Selain itu idak melaksanakan apa yang disuruh.. suami yang dayus.. dayus kerana tidak mendidik isteri.. Jadi untuk mengelakkan perkahwinan itu kekal, sebelum kahwin tu fahamilah dahulu apa itu konteks perkahwinan.. didik diri terlebih dahulu.. jika perkahwinan itu matlamatnya sihat maka InsyaAllah.. keredhaan Allah itu pasti bersama kita..

2 comments:

SueZ said...

salam..saya datang dr blog ben..pastu terbaca link u..macam menarik...Penceraian kadangkala dianggap jalan terakhir namun kadangkala pasangan itu sendiri yang alpa...tidak memikir jauh dan saling tuduh menuduh...kadangkala suami lupa tanggungjawab sebagai suami dan isteri inginkan kesempurnaan dalam rumah tangga...tapi tidak bagi lelaki...hanya orang mengalami situasi ini atau sedang mengalami nya lebih memahami kenapa ia telah terjadi atau bakal terjadi...just opinion...

http://suezdairy.blogspot.com/2011/06/kerana-aku-perempuan.html

Eera Shera said...

salam.singgah dr blog bro ben ni dan follow =)