Thursday, June 9, 2011

Apakah impian anda?

Impian Seorang Ibu selepas melahirkan anak: "aku cuma nak anak aku berjaya dalam hidupnya.. dunia dan akhirat.."

anak (5 tahun) : "impianku adalah mainan yang banyak.."

anak (10 tahun) : "impianku adalah ingin memiliki apa yang orang lain miliki .."

anak (15 tahun) : "impianku adalah mengejar kejayaan.. membantu ibu bila dah kerja nanti .."

anak (18 tahun) : "impianku melanjutkan pelajaran ke universiti..."

anak (25 tahun) : "impianku mengumpul harta banyak banyak.. mencapai impianku yang tak mampu ibu sediakan sewaktu usiaku 10 tahun dahulu.. "

Dia terus meneruskan impian barunya.. dan lupa impiannya sewaktu berusia 15 tahun dulu.. bila ada sisa belanja bulan lepas.. baru dia akan hulurkan sedikit buat ibunya..

Sedangkan si ibu... impiannya sejak awal kelahiran anak itu hingga kini tetap sama..

ERK.. PAHAM KE TIDAK NI ?

No comments: