Friday, June 10, 2011

Apa yang patut dilakukan oleh wanita setiap Jumaat ?

Erm.. kat Malaysia ni kalau orang pompuan gi Solat Jumaat mesti pelik kan? sedangkan kalau kat luar negara cam US contohnya.. benda tu cam biasa je.. tapi dengar cite Tuan Guru Nik Abdul Aziz nak buat khas pintu untuk wanita untuk solat Jumaat kat masjid Muhammdi, kalau tak silap saya.. ( ni saya cakap terus terang.. tak yakin ! )

Okeh.. kaum lelaki dah memang wajib ..jangan lak nak carik alasan uzur ke apa eh.. babab kang! memandangkan negara kita ni tak mengamalkan solat Jumaat untuk kaum wanita.. maka meh lah kita buat amal amal len.. seperti contoh berzikir, bersedekah, sibukkan diri untuk bersolat, membaca Al-Quran dan buat amal baik yang len.. masa kat mindef dulu seronok sebab tiap hari Jumaat, masa kaum laki pergi ke masjid.. kaum Hawa berkumpul kat surau.. dari solat dhuha, sunat tasbih dan macam macam lagi diakhiri dengan bertadarus.. tapi kat sini benda tu tak diamalkan..

Disunnahkan bagi seorang muslim untuk menyibukkan diri dengan solat, zikir dan membaca al-Qur’an sampai imam keluar. Hadits Salman dan Abu Ayyub sebelumnya sebagai dalil atas hal ini.

Disunnahkan membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat sebagaimana hadits Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu ’anhu beliau berkata : Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua jumaat.” [HR al-Hakim dan Baihaqi, dishahihkan oleh al-Albani].

3 comments:

Abang Long said...

Salam...nasihat yg baik..alangkah baiknya jika masa mencukupi lebih2 lg jika hari Jumaat itu cuti rehat. Ini tidak, terpaksa berhempas pulas menyiapkan kerja supaya dpt pergi masjid dgn segera..

http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara-part-2.html

BeloG MTT said...

Nasihat yang sangat berguna.. :)

Niena Muhammad said...

"beringatlah berpesan-pesan, untuk kebaikan.. "
(-.-)