Kalau ditanya.. apa kegemaran bacaan kamu? buku cerita dan sebagainya.. ramai yang cakap buku keluaran *** dan yang ***.. dan jarang yang jawab Al-Quran.. Al-quran adalah kitab suci dan ianya tidak akan hilang seperti buku serta kitab yang lain ..seperti buku lain, setiap keluaran akan ada keluaran yang lain dan pasti ada tokok tambahnya tapi tidak Al-Quran.. kesuciannya hingga kini terpelihara..
Al-Quran menceritakan setiap apa yang terjadi dari awal terciptanya bumi dan hinggalah ianya diturunkan.. kehidupan kita hari ini juga ada di dalam al-Quran, jika kita bijak mentafsirnya.. pasti kita akan tahu.. dan terbukti bahawa kitab itu benar..
Al-Quran seperti petunjuk dan dia memandu kita ke jalan yang benar.. Al-Quran itu tidak mati, Al-quran seperti sistem GPS.. dia akan memandu kita ke destinasi yang betul dan terpulang kepada kita pula nak bawak kemana tempat yang dituju.. semua orang nak ke syurga tapi tak semua gunakannya sebagai petunjuk.. semua orang nak ke destinasi yang betul.. tapi tak semua pakai GPS.. ini sekadar diibaratkan.. ada juga orang yang pakai GPS tetapi tersesat.. kenapa? tak tahu guna dan begitu juga al-Quran.. Asalnya kerana tersilap tafsir.. belajar tanpa berguru..
No comments:
Post a Comment