Monday, May 30, 2011

Tanamkan sifat ingat mengingati..

Ada sesetengah orang tak suka jaga tepi kain orang dan yang terlebih jaga pun ada.. malah lagi ramai.. kadang kadang kita perlu masuk campur hal orang lain.

Nasihat.. nasihat adalah sesuatu perkara yang amat penting. Dan ada sesetengah orang bila kita nasihat, dia kata kita jaga tepi kain.. kita kena tahu kategorikan istilah itu, nasihat, jaga tepi kain dan mengaibkan orang..

Sebagai contoh, lelaki tu suka sangat berhutang dan bila berhutang dia tak pernah bayar.. tak salah sekiranyanya kita nak menasihat pada yang masih tak kenal dia tu agar berhati hati, tapi jangan ada tokok tambah.. itu bukan namanya mengaibkan tau.. mengaibkan ini adalah jalan nak menjatuhkan orang dan nak memalukan orang tersebut..

Dan ada juga bila kita menyampaikan sesatu berita, orang kata kita nak jaga tepi kain dia. Sebagai contoh kita cakap kat anak makcik tu yang anak dia dah buat benda tak elok sebagainya.. dan makcik tu pulak marah kita kata kita ni tak perlu nak jaga tepi kain depa tu.. huh.. manusia macam ni memang ramai..

Jadi.. jangan takut untuk memberi nasihat kepada orang kerana itu adalah salah satu tanggungjawab kita sebagai masyarakat.

2 comments:

CaDLyNN said...

agreed! ade masanya kite mmg perlu ade sikap 'jaga tepi kain org'..yelah..walaupon kubur lain2 tapi kalau kite tak nasihatkan..kite pon akan dapat saham dosa jugakkan..

Niena Muhammad said...

:) betul tu cik cadlynn..ada stgh org camtu la.. bla kte nasihat.. dia kat, "kubur memasing"