Ececehhh.. macam dapur tanpa sempadan lak yer! hehehe.. ni bukan nak tiru sesapa tau.. tapi memang terlintas nak post entri ni..
Tadi kakak goreng ikan kerapu.. ikan tu dah memang suka melekat kat kuali ni kalau goreng.. mula mula dia letak dalam kuali tu malas nak tegur sebab dia ni pantang kalau adik dia tegur.. mula la muncung.. saya diam kan je la..
Mula mula dah agak dah... ni mesti akan melekat kat kuali, sayang betul.. ikan besar lak tu... last last tinggal tulang je.. ok.. saya nak kongsikan petua yang selalu orang orang tua ajar..
Cara mengatasi ikan yang melekat kat kuali ni senang je.. kekadang sesetengah kuali tu sendiri yang memang jenis melekat.. tapi malas nak citer tang tu.. kita cerita petua nak elakkan ikan melekat..
Pertama pastikan minyak betul betul panas mengikut api yang sederhana, bukan panas secara paksaan tau.. lepastu letak cili kering dalam tu... humm.. petua ni sangat sangat mudah..
Tengok muka kakak tadi tensen masa sendiri je.. hehehe.. kesian.. pasni kami ramai ramai makan tulang kerapu masak merah.. sedap kot?
1 comment:
cili kering setangkai cmtu dh cukup?
Post a Comment