Balik-balik aku yang lambat.. saat blogger lain dah mula post entry "selamat hari guru".. aku masih mengelamun. Tapi lambat atau cepat tak melambangkan keikhlasan kita kan? ok.. aku yang tak hebat ni nak mengucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru.. terutama sekali kepada guru-guru ku sewaktu aku bersekolah dulu.. guru di Sekolah Kebangsaan Seribong.. guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghafar.. Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 2.. dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1.. Opssss.. tak lupa juga buat pensyarah-pensyarah ku di Institut Kejuruteraan Tentera Darat..
Jasa guru-guru sangat ku kenang.. aku dah tak jumpa lagi guru-guru di sekolah dulu.. teringin sangat nak jumpa tapi dah lost contact semuanya.. cari di facebook pun tak jumpa.. tapi aku sentiasa mendoakan kesejahteraan semua guru-guruku.. ok.. di sini aku nak list guru-guru yang masih aku ingat...
Cikgu Tengku Puteri Seri Kembangan binti Abdullah.. dia ni sangat baik dan pemurah.. waktu aku bersekolah di situ dia masih bujang.. dia sangat pemurah kerana membayar yuran persekolahanku.. ketika tu aku tingkatan satu.. seingat aku.. dia naik kereta proton iswara warna merah... no plat 4747.. kalau tak silap.. (SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG GHAFAR)
Cikgu Sofiah binti Ariffin.. ini pula guru kesayanganku.. paling aku sayang.. walau sekejap dengan dia.. walau dia benci aku tetapi aku tetap sayang dia.. dia tak ambil kelas aku tapi dia selalu ambil aku dan bagi kaunseliang.. kalau dulu.. tak nampak dia pun.. nampak kereta iswara hitam atau kancil silver dia pun jadi lah.. (SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 1)
Cikgu Aminah.. ini cikgu yang paling popular kat sekolah dulu.. dia ni memang garang tahap dewa lah.. sebenarnya dia ni guru disiplin.. kalau tak silap aku dia ni naik kereta wira waktu aku sekolah dulu.. (SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 1)
Ha.. itu sajalah yang aku nak sebut.. kenapa aku list 3 orang je? biarlah aku simpan sendiri. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi.. By the way.. selamat hari guru buat guru-guru semua.. yang tak ada list tu jangan kecil hati.. saya ingat cikgu semua.. saya sayang cikgu semua... PERCAYALAH.. saya tak tipu (-.-)
3 comments:
selamat hari guru buat guru yang membaca komen ini.hik!ok,follow u back
selamat hari guru ..hee^^~
:)
Post a Comment