Rasa sedih.. rasa sebak.. rasa pilu.. macam tu la yang saya rasa sekarang.. kenapa ada yang ingin menjatuhkan agama islam? hari ni.. sempat singgah kat blog menghina islam tu, tak puas hati.. singgah untuk keberapa kalinya..
Jadi.. apa yang perlu kita buat? kita tak mampu nak hentikan benda tu.. dengan memaki hamun tu mampu ke kita menghentikan fitnah mereka? pada pandangan saya yang cetek ni.. mencaci mereka sangat sangat tidak wajar.. kerana itu yang mereka inginkan.. mereka lagi suka tengok umat islam marah.. kita perlu bersatu! masanya untuk bertukar!
Agama Islam sangat sangat lembut.. semasa menyampaikan dakwah, Rasulullah SAW dibaling dengan batu.. dengan najis.. bukan setakat kata kata kesat.. kita memang tak mampu nak lakukan seperti itu.. tapi bagi saya.. kata kata yang kesat kita mampu lawan..
Apakah makcik Hajah itu islam? saya tak berani nak tempatkan dia di dalam kategori apa.. nanti boleh jadi pergaduhan antara kategori agama.. cukuplah kita katakan dia hidup tanpa agama.. mungkin juga dia islam.. mungkin dia baca kitab suci Al-Quran.. dia tahu maksud tetapi tafsirannya tersilap.. begitulah kalau kita belajar agama tanpa bimbingan.. kelak syaitan yang akan kita jadikan guru.. dan orang yang bukan islam.. suka mengambil ayat tertentu di dalam Al-Quran atau hadis .. sebab tu kita kena faham.. betul betul faham..
Tak guna kita memaki hamun Makcik Hajah.. sebab tu tak memberi kesan apa apa buat dia.. mungkin kalau kita tinggal kata kata yang agak lembut.. boleh memberikan banyak kesan pada dia.. ini boleh mendatangkan kemarahan pada dia.. atau insaf... sebab dia tengok kita tak marah.. api kalau kita simbah dengan petrol.. lagi terbakar.. macam tu lah ibarat Makcik Hajah dengan kita..
Jadi.. sama sama lah kita semua mendoakan agar Makcik Hajah diberikan hidayah.. jika dia Islam.. sekelam mana pun hati manusia itu.. jika Allah ingin berikannya Nur.. dengan sepantas kilat jer.. kita doakan dia kembali ke pangkal jalan.. jika sebaliknya.. neraka tempat dia.. itu sudah konpem..! untuk mengesan Makcik Hajah... mari kita gunakan petunjuk Blue... petunjuk Blue adalah rancangan kartun di TV3..
2 comments:
kakak ada juga tengok blog tu, memang terkejut, subhanaAllah
tu lah.. moga dia dpt hidayah ...
Post a Comment