Kita ada macam macam kisah tauladan.. samaada rekaan atau kisah benar (tapi kalau kisah tu tipu tapi logik tak apa, sebab drama tu pun tipu jugak!).. walau saya tak ada anak.. tapi saya suka cakap pasal kanak kanak.. sebab saya ada anak saudara yang kecik kecik dan comel.. bila tengok telatah diorang .insyaAllah, rasa macam yakin bila dah ada anak sendiri hehe..(bila da kawin la).
Sudah namanya tauladan.. cerita tentang pengajaran.. daripada bagi tengok CD otomen yang ganas tak tentu hala.. cite ShinChan yang agak kurang sopan... baik beli CD kat Mydin cerita keagamaan, cerita Nabi Nabi dan sebagainya.. pilih yang beranimasi.. konpem diorang tak kemana...
Honestly.. anak saudara saya yang si Danial tu kuat sangat tengok otomen.. masa umur dia 5 tahun ke bawah.. Ya Rabbi.. saya tak boleh baring kat lantai.. nanti dia wat saya ni macam rasakse.. dia juga suka tengok cite shinchan.. perangai dia dan cara dia cakap jadi sebijik cam sinchan.. adehhh... dan bila dia tengok upin ipin.. maka jadilah dia upin ipin.. sampai rambut pun nak botak macam katun comel tu.. tapi cerita upin ipin ada juga faedahnya.. dan bila kasi tengok cerita Nabi Nabi.. nampak macam ada sikit insaf :)
Kanak kanak bawah 5 tahun amat mudah terpengaruh dengan keadaan persekitarannya.. kerana pada waktu itu dia inginkan sesuatu yang baru.. dia suka mengikut keadaan sekeliling, percakapan dan sebagainya.. bercerita tentang kisah taudalan kepada mereka merupakan salah satu cara mendidik kanak kanak..
No comments:
Post a Comment