Sunday, May 29, 2011

Berkenalan dengan Sungai MISSISIPPI...

Merujuk pada entri yang lepas.. klik SINI.. saya nak cerita mengenai sungai Missisippi bila terinagt balik kat cikgu Aziz tu..

Ni kira kelas Geografi.. Nama Sungai Mississippi berasal dari bahasa Ojibwe lama iaitu 'misi-ziibi' yang bermaksud 'sungai besar'. Sungai ini adalah sungai kedua terpanjang di benua Amerika Utara. Panjangnya 3733 km dari Tasik Itasca ke Teluk Mexico.


Sungai cawangan terpanjang Sungai Mississippi ialah Sungai Missouri, manakala Sungai Arkansas kedua terpanjang. Jika mengikut isipadu air pula, Sungai Ohio ialah cawangan Sungai Mississippi yang terbesar.


Missisippi Mengalir dari Tasik Itasca yang terletak pada aras 450 meter dari aras laut, di Taman Negeri Itasca terletak di Clearwater County, Minnesota. Sebelum air terjun St. Anthony di Minneapolis, tingginya 802 kaki dan menjadi 220 m selepas air terjun itu. Sungai Mississippi bertemu dengan Sungai Minnesota di Minneapolis, Minnesota, Sungai Wisconsin di Prairie du Chien, Wisconsin, SungaiIllinois dan Sungai Missouri River dekat St. Louis, Missouri, dan Sungai Ohio River di Cairo, Illinois. Sungai Arkansas bertemu dengan Sungai Mississippi di negeri Arkansas. Sungai Atchafalaya bertemu di Louisiana.


Sungai Mississippi mengalir antara kawasan Pergunungan Rocky dengan Gunung Appalachian..

No comments: