Friday, May 27, 2011

Berhijrah: Ia sangat menguntungkan bagi saya

Berhijrah ke luar negeri maksud saya kat sini bukanlah ke Africa, Bosnia, Missisippi atau sebagainya tapi luar dari Kelantan la.. kito keh ore kelate.. :)

Kalau ikutkan hati ni.. saya nak je dok kat kampung, duk  dengan mak.. jaga mak.. tapi nak buat macam mana.. kena lah kerja nak sara diri dan emak kat kampung tu.. bila kerja gomen ni.. ikut lah orang campak kat mana pun.. den tak kisah, den ikut jo..

Bagi saya dengan berhijrah.. kita boleh kenal orang.. dan kita boleh tahu ragam orang, lain negeri.. lain caranya.. dalam Islam sendiri pun.. Rasulullah menggalakkan kita berhijrah.. baginda sendiri pun berhijrah dari Makkah ke Madinah demi menyahut panggilan dan keimanan..

Mula mula saya berhijrah ke PD (6bulan) kemudian Taiping (2bulan).. kembali ke PD selama 3 tahun.. hampir 4 tahun saya menjalani latihan ketenteraan  dan Alhamdulillah.. orang kata teruk.. hidup lagi sampai sekarang ni..

Selepas habis latihan, saya ditempatkan di KL dan kini di Melaka pula.. lepas ni? ikut arahan je lah :). Yang kita boleh nampak ketara adalah dari segi makanan.. cara kenduri dan cara perniagaan.. yang paling best.. saya pernah ikut pakcik tempat kerja saya ni ke rumah dia.. saya cuba masakan isteri dia, masak lemak petai dan kepala ikan.. memang sedap tahap dewa..! tapi malu nak mintak resepi.. kat kampung saya tak pernah jumpa lagi.. cakap kat mak, dia kata pelik.. suruh mak masak, dia kata takut mabuk.. hehehe.. mak.. mak..

Selagi kita muda ni.. kita berhijrah lah.. tapi jangan lupa bonda di kampung, bila ada kelapangan balik lah.. ala..weekend pun boleh balik.. dapat duduk bawah ketiak mak satu malam pun ok lah.


**masih di pejabat..kesian incik bos.. xdpt balik lagi sbb bz..jap lgi nak kelik la..

No comments: