Ramai yang sayang ibu bapa kan.. kenapa saya cakap ramai? sebab tak semua anak yang kasih kan orang tuanya.. kebanyakan bila dah berumahtangga.. abai orang tua.. dah tak kisah orang tua tu makan apa.. yang dia tahu kebahagiaan barunya..
Ada juga anak yang masih bujang lupakan orang tuanya.. tapi tu bukanlah tajuk untuk untuk entri saya pagi ni..
Seberapa banyakkan kita sayangkan kedua orang tua kita? dan macam mana kita buktikan kasih sayang kepada mereka itu? adakah dengan wang ringgit menjadi ukuran kasih sayang kita itu atau sebagainya?
Sesungguhnya apabila matinya anak Adam itu, tiga akan dibawanya bersama iaitu:
1) Sedekah/amal jariahnya.
2) Doa anak-anaknya yang soleh.
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Doa anak yang soleh merupakan bekalan buat mereka di sana.. dan kepada sesiapa yang masih mempunyai orang tuanya di dunia.. hargailah mereka sementara mereka masih ada..
Setiap hari doakanlah kesejahteraan kedua ibu bapa kita.. minta dilanjutkan usianya.. minta Allah lindunginya di dunia dan akhirat, dijauhkan dari segala malapetaka dan bahaya serta dipermurahkan rezeki bagi nya.. setiap hari sedekahkan lah dia Al-Fatihah, biarpun mereka masih hidup.. itulah kasih sayang yang sebenar benarnya..
Selain itu bahagiakanlah mereka selagi masih ada.. tunaikanlah segala impiannya selagi termampu. Ibu bapa adalah tanggungjawab kita.. jika tak mampu berikan duit kepada mereka.. bagilah sekali sekala dan sekadar termampu.. tengok juga keperluan mereka ok..! jangan biarkan kita jadi anak derhaka.. dan buat suami suami, jangan biarkan isteri anda jadi anak yang derhaka..
No comments:
Post a Comment