Friday, May 27, 2011

Al Fatihah.. lagi berita kematian

Firman Allah bermaksud: “Dan tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan dengan izin Allah pada suatu waktu yang akan ditentukan.” (Surah Ali Imran, ayat 145). Kematian adalah satu proses terpisahnya antara roh dan jasad..

Pagi pagi lagi call mak.. sambil nak bersiap gi keja.. ada berita yang mengejutkan.. sorang lagi pergi meninggalkan kita..

Makcik tu emak pada kawan saya masa belajar dulu.. kira orang kampung jugak lah.. mak kata dia memang sakit dah lama tapi tak lah teruk.. biasa lah sakit tiga serangkai ni kan..

Hurm.. semoga keluarga arwah dapat menerima kenyataan tu.. tiap yang hidup pasti akan pergi juga, kita yang hidup ni kena teruskan.. banyakkan amalam.. ntah esok atau lusa kita pula.. Yang akan tetap setia sanggup bersama dan bersemadi dengan si mati di dalam kubur, iaitu amalannya seperti di dalam sabda Nabi kita: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Harta kekayaan dan segala yang kita ada tak ikut kita ke sana.. kecuali 3  sahaja.. Jika amal soleh yang dibawa ke sana... maka bahagialah kita seolah liang lahad itu taman syurga..

**betulkan jika saya ada tersilap.. :)

No comments: