Wednesday, May 18, 2011

63 tahun Palestin di jajah.. kalau prihatin.. bacalah..

FIRMAN ALLAH: Berkata Musa "Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu[409], dan janganlah kamu lari kebelakang (karena takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.." Al-Maidah:21 [409] Maksudnya: tanah Palestina itu ditentukan Allah bagi kaum Yahudi selama mereka iman dan taat kepada Allah. .


15/05/1948.. tahu tak apa tarikh ni? apakah kita hanya tahu tarikh hari cuti am saja ..? 15/05/2011 .. genaplah 63 tahun umat islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari jajahan yahudi.. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang..

Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin.. akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel".. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948.. Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “AN-NAKBAH” bermakna malapetaka, berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bagi memastikan bilangan pendatang Yahudi mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat...

Sudah jatuh ditimpa tangga, setelah menguatkan kedudukannya 20 tahun di Palestin sejak 1948, lalu pada tahun 1967 Israel menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Tebing Barat milik Jordan dan Gaza milik Mesir dan masih mencengkamnya sehingga ke hari ini. Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu Pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka, isu Golan, Tebing Barat dan Gaza sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel di satu pihak dan dilindungi oleh puluhan kuasa Veto oleh Amerika di Majlis Keamanan PBB, badan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang dan resolusi antarabangsa. Dengan ini PBB sengaja dilumpuhkan oleh Veto Amerika bila berdepan dengan isu Israel menjajah Palestin.

Selepas 30 tahun penubuhannya untuk membebaskan Palestin, PLO akhirnya telah berdamai dan mengiktiraf “Israel” dalam Perjanjian Oslo 1993 tanpa mendapat apa-apa pulangan selain elaun bulanan dari Amerika dan Eropah. Umat Palestin beralih kepada HAMAS yang masih utuh dengan prinsip membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf “Israel”. Dalam Pilihanraya Umum Palestin 25/1/2006, HAMAS menang lalu Israel, Amerika, Eropah, banyak Negara-negara Arab dan Islam yang sememangnya mengikut arahan Barat mengadakan sekatan minyak, makanan, kewangan dan sebagainya terhadap 1.5 juta penduduk Gaza, Palestin hingga ke hari ini sebagai hukuman kerana memilih HAMAS untuk memimpin mereka dalam proses “Demokrasi” yang kononnya diperjuangkan oleh Barat.

Dengan ini setelah 63 tahun merana dibawah kezaliman Yahudi, mereka juga turut perit disebabkan kebanyakan ketua negara-negara umat Islam tidak membantu kerana takut kepada Amerika dan Negara-negara Barat yang lain. Padah tali gantung di pagi Aidil Adha yang diterima Saddam Hussein  masih menghantui ramai pemimpin negara umat Islam. Beliau pernah cuba mencabar Israel dan Amerika dengan melancarkan peluru berpandu Scudnya ke beberapa bandar di “Israel” pada tahun 1990..

Kini.. bila lagi Palestin akan bebas? bilakah rakyat Palestin akan merasa bebas di bumi sendiri? apakah perlu  mengharap pada PBB? apakah perlu wujudkan satu badan khas buat Palestin? kita mampu sebenarnya membantu mereka.. mungkin bukan dengan keringat tapi dengan doa .. sama-sama lah kita mendoakan agar rakyat Palestin akan mendapat hak di atas buminya sendiri walaupun Israel tidak akan membiarkan Palestin mendapatkan harta mereka kembali.. semoga kepincangan ini akan lenyap suatu hari nanti.. insyaAllah.. takkan islam hilang di dunia..!

"15 Mei 1948, penubuhan negara haram Israel di atas
bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya dan
turut dikenali sebagai ‘nakbah’ yang bermaksud
malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa tersebut, Zionis telah bertindak kejam
dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat
Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada
sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu
lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang
wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah
menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam
lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat
Palestin.

Sehubungan itu, wakil penganjur, Azmi Abdul Hamid,
yang juga Presiden Teras berkata orang ramai dijemput
hadir Jumaat ini bagi menyatakan sokongan serta
membantah kekejaman regim Israel tersebut. – mns"

No comments: