Tuesday, May 17, 2011

11.11.2011 LTAM akan mula beroperasi sepenuhnya..


Ini berita yang sangat menggembirakan bagi mereka yang berada di Melaka, anak jati Melaka dan sesiapa sahaja yang ingin ke Melaka.. Alhamdulillah..

Selama ni lenguh kaki.. tulang belakang.. leher .. duduk dalam bas nak balik ke Kelantan.. semalam sampai Melaka naik bas.. mak aih.. lama betul.. lebih 12 jam.. tapi nak buat macam mana.. sabau je lahh.. so.. mulai bulan 11 ni tak perlu susah-susah lagi nak ke LCCT.. perjalanan nak ke sana pun makan dua hingga tiga jam juga..



Apa pandangan korang? bagi perantau macam saya.. ini  adalah hadiah yang tak ternilai.. Melaka Air yang telah didaftarkan di ROC akan memiliki rakan kongsi Yayasan Melaka 10% dan NN Flyers 90% untuk operate Firefly dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)


Perkhidmatan akan mula pada 11.11.2011 jam 11.11am dan penerbangan 3 ke 4 kali seminggu akan diadakan dari Melaka-Pekan Baru , Melaka-Medan , Melaka-Palembang , Melaka-Padang , Melaka-Hatyai , Melaka-Kota Bharu dan Melaka-Pulau Pinang.. Pesawat digunakan ialah ATR . DAR ..

Jadi.. Firefly telah melebarkan sayapnya.. bila pula AirAsia ye? Saya lebih selesa menaiki pesawat AirAsia.. tapi sebenarnya tak pernah cuba lagi penerbangan yang lain.. Jadi.. perubahan ini akan menambah lagi pencapaian Melaka Maju.. saya yakin ianya akan terus berjaya dan mungkin selepas itu syarikat penerbangan lain juga akan berminat menempatkan perkhidmatan mereka di LTAM..

Sepatutnya ini memang wajar berlaku dari dulu lagi.. ini kerana lokasi Batu Berendam yang strategik.. berhampiran dengan N9 (kawasan PD, dan sekitarnya).. Muar.. Yong Peng.. Jadi lepas ni orang Johor yang nak ke tempat yang saya nyatakan di atas tu tak perlu lagi nak ke KLIA atau LCCT.. ke Melaka dah cukup.. JOM RAMAI-RAMAI MELAWAT MELAKA!!!!!!!

No comments: