Tuesday, September 13, 2011

Sombong.. bongkak.. adakah itu kita?

Manusia.. semua sama di sisiNya kecuali orang-orang yang beramal soleh, ikhlas mengerjakan segala ibadah hanya untukNya, bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk dan bukan juga kerana paksaan.

Sebenarnya tiada apa yang memisahkan kita. Kita tetap sama walau tidak serupa.. kita semua ni tetap ada yang angkuh walau tahu bagaimana asalnya kejadian kita, tetap ada yang sombong.

Dimana tempat kita? antara kita ada yang bentuknya pelbagai saiz, ada tinggi, ada yang rendah.. bila kita berada di bangunan yang tinggi, lihatlah lautan manusia di bumi.. semuanya nampak sama.. hanya satu titik sahaja.

Jadi, apa yang kita banggakan sedangkan pandangan terhadap kita tetap sama? kita tetap manusia yang sama walau berlainan bangsa dan agama. Harta, pangkat, itu adalah pinjaman di dunia kerana itu semua milik Tuhan yang satu.

15 comments:

  1. apa nak bangga sama je kita sumer

    ReplyDelete
  2. setuju ng sis,ape pun peringatan buat semua :)

    ReplyDelete
  3. orang yang betaqwa sahaja pilihan Allah...

    ReplyDelete
  4. semua milik Allah.
    bila bila masa Allah boleh tarik balik nikmat yang diberikan.

    ReplyDelete
  5. Dunia ini hanyalah pinjaman...berpijak didunia nyata dan nescaya akan tau langit itu tinggi atau rendah ! respect others :)

    ReplyDelete
  6. betollllll
    x kesah la darjat ape sekali pon
    kite sume same je kan..
    mmmmm

    ReplyDelete
  7. jk dkumpulkn smua harta,kemewahan dan sgla bagai sjak nnek moyang smpai kiamat hnya lah SEDULANG

    andai mahu dbandingkan dgn nikmat ALLAH

    sm j kt sume ni kn akak ^^,

    ReplyDelete
  8. taqwa dan iman yg membezakan..bkn rupa dan harta dniawi

    ReplyDelete
  9. kalau taknak jadi sombong dan bongkak,,kena ingat semua benda kat duni ni bukan milik kita..tapi tu la,,nama pon manusia..kadang2 alpa..:)

    ReplyDelete
  10. semua pernah menjadi seorang bongkak dan sombong..

    ReplyDelete
  11. org yg sombong adalah org yg cintakan duniawi..

    ReplyDelete

terima kasih.. lain kali comment banyak-banyak lagi! (-.-)