Monday, September 5, 2011

Siapa pemilik kereta ni???

Nak dijadikan cerita.. untuk mendamaikan hati, keluar pergi beli barang jap.. kononnya la... padahal nak main sorok-sorok ngan mak.. cakap kat ma, nak pergi PKT jap.. nak beli bilah kipas ngan tukar getah paip mesin basuh..

Sampai je kat PKT.. parking full, list barang yang nak dibeli dah ada.. sekejap je pun, lepas capai barang niatnya terus nak gi bayar, so.. amik keputusan parking keta kat belakang keta orang lain...

Bila masuk dalam tu blur tak tau nak buat apa.. tenung je barang-barang nasib baik tak tembus, hari ni buat apa pun tak kena... lebih kurang 30 minit kat dalam tu dengar staff PKT buat announcement..


Makcik PKT: Perhatian... kepada pemilik kenderaan bernombor MCC 10**.. sila alihkan kenderaan anda, terima kasih...


Saya buat tak tau, dengar je pun.. masa dengar tu rasa cam familiar je, biarkan je.. saya masih melilau jalan-jalan, sentuh apa yang tak patut disentuh.. sepuluh minit dengar pengumuman yang sama, kemudian bunyi lagi sampai 4 kali.. saya pun mula naik tension, apa la PKT ni..  announcement yang sama je !


Saya pun mula fikir... "Isk... degil betul la pemilik keta MCC 10** .. eh... alamakkk !! tu no keta aku..!"


Terus pergi alih keta tanpa hiraukan orang kiri kanan.. jalan melulu jer, guard tahan...


Guard: Dik.... barang tu takleh bawak keluar, tak bayar lagi.. !!!


Adui.. "kuca wokyoh" hari ni...

17 comments:

  1. hahaha..
    asyik nak shopping tak sedar... hehe

    ReplyDelete
  2. nasib juga pemilik kereta yang kena blok tu tidak mengamuk...kalau mengamuk pecah cermin kereta tu...hehehe

    ReplyDelete
  3. hee..kereta sape la tu agaknya ye..(^^,)

    ReplyDelete
  4. hahaha... boleh pulak xcam keta sndri.

    ReplyDelete
  5. baca ayat 'kuca wokyoh' tu trus akak suko ko'o kerah..hehe lamo tok dgr term tu

    ReplyDelete
  6. adoiiii...apalah niena ni! jiwa kacau ek??

    ReplyDelete
  7. hoh..
    tu dia..
    kereta sndiri xingt dh..
    haha

    ReplyDelete
  8. salam niena...cian tuan punya kete tu terpaksa tunggu lama nak kuar....:)

    ReplyDelete
  9. hihihi. ralit sungguh kamu.. ehhe. :P

    ReplyDelete

terima kasih.. lain kali comment banyak-banyak lagi! (-.-)