Wednesday, September 21, 2011

"Aku tak suka orang Kelantan.."


Allah sendiri tidak membeza-bezakan sesuatu kaum itu.. manusia diciptakan di dalam pelbagai bangsa untuk saling kenal-mengenali.. jadi siapa kita untuk membezakan kaum atau masyarakat itu?

Allah SWT berfirman maksudnya;

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al Hujuraat:13)

Semalam, masa sembang-sembang ngan sorang sahabat ni dia ada menyuarakan  tak puas hati tentang orang Kelantan, katanya orang Kelantan camni.. camtu.. camni.. erm, dia lupa kot yang saya ni orang Kelantan ? dia tak suka orang Ulu Kelantan, sebab bahasa susah nak faham.. lagi satu muka tak ensem dan tak lawa.. dan macam-macam lagi, setau saya bahasa kelantan ni ada satu jenis je.. humm, sama je rakyat Kelantan ke, Pahang ke, Selangor ke.. kalau dah jakun tu.. jakun gak.. tak semestinya orang Kelantan je..

Jadi.. tak perlulah kita nak membezakan sesuatu kaum itu.. kita bukan maksum, andai kita ni layak nak membezakan orang... sudah tentu kita ni bukan berada dikalangan yang berbeza tu..

20 comments:

  1. penuh kontroversi..
    nk maroh weh braso..
    haha..

    kejakunan terletak pada individu.. bukan pada neger..
    yer dop? hehe

    ReplyDelete
  2. muehhe..rama jah tok puah hati ngn ore kelate..apo sebab..sebabnyo ore kito sediri jugok..

    ReplyDelete
  3. pehhhhhhh
    penuh sentap kalo dgr nih
    hayoooo

    ReplyDelete
  4. Itulah minda 20years behind ! entry marah best gak hehe...:P

    ReplyDelete
  5. slalu gak dengar camtu.. tapi tak pernah peduli..

    sebab diorang yang cakap2 macam tu tak mengenal orang.. asyik nak cakap je..

    pernah aki dengar, ade orang cakap orang Sabah masih duduk atas pokok.. Mula-mula tu memang panas hati gak.. Tapi bila difikirkan balik,kesian gak kat diorang,tak pernah melancong dan tak tau..

    So,bila diorang tanya macam tu,aki akan jawab
    "a ah,masih tinggal atas pokok.. tapi pokok tu ade lif,tak pakai tangga dah"..

    ^_^.v..

    ReplyDelete
  6. hehehe...kuat sgt fahaman asabiyyah ni...hehehe

    ReplyDelete
  7. hehehe .. ambo ore selangor ..ambo xdo masalah ngn ore klate :) okay ja ^^

    ReplyDelete
  8. btol3...sape kita nk membezakn sesuatu kaum...org kelantan ok pe...:)

    ReplyDelete
  9. hahahaha... ak orang perak.. ngeh3


    dah sembahyang belom??
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html

    ReplyDelete
  10. hmmm secara terus terang... saya ada gak xberkenan, xsuka ngan sikap org kelantan.. tapi.. xperlu laa kita nie smpai tahap nak membenci, membeza2kan dan memburuk2kan org tu.. sbb bila kita dah berhadapan dengan allah nnt..kita semua sama jerk.. yg berbeza hanyalah amalan kita...

    ReplyDelete
  11. ciss,biadap sunggoh.hehe,teremo.saya banyak je kawan kelantan.tak payahlah nak assabiyah sangat kan ^_^

    ReplyDelete
  12. kalau tak berkenan tu diam2 sudahlah, jangan nak cakap terang2 pulak kan?

    ReplyDelete
  13. gua org kalte bara thai..kan gua tembak yg x suka kelate tu baru tau

    ReplyDelete
  14. saya owg kelantan...nama jer tp x reti ckp dialek kelantan pun...klu xsuka x yah heboh2 la simpan dlm hati jer...

    ReplyDelete
  15. salam niena...inilah yg org kata cakap tu pandang2lah siang ke malam....ikut suka mulut jer nak ckp org mcm tu kan...:)

    ReplyDelete
  16. cermin diri..ingat orang afrika tu faham ke bahasa kita?

    ReplyDelete
  17. dah orang tak suka, mestilah ada sbbnya. rajin2 lah tgk diri sndiri ok..

    ReplyDelete

terima kasih.. lain kali comment banyak-banyak lagi! (-.-)