Sunday, July 17, 2011

Pembukaan dan penutup sebuah cerita..

Setiap apa yang Allah ciptakan mesti mempunyai penutup.. seperti juga dengan setiap pohon, ianya juga akan menjumpai penutup ceritanya.. terpulang, pokok itu dipanah petir.. ataupun ditebang dan diambil kayunya untuk dubuat rumah.. setiap perfileman juga pasti ada penutupnya... setiap orang mahukan filem yang ditayangkan itu menjanjikan penghujungnya penutup yang baik.. bagaimana pula dengan diri kita?

Adakah kita tidak rasa hidup kita ini tidak akan mempunyai penutupnya? adakah terlalu megah berdiri sehinggakan kita lupa yang kita akan tersungkur jatuh? apakah kita lupa bahawa Malaikat Izrail akan bersedia menjemput kita bila-bila masa sahaja apabila mendapat perintah dari Allah Ta'ala?

Ada seorang hamba Allah, saya pernah menegur kesilapannya.. saya suruh dia berubah dan bertaubat tapi katanya setiap orang pasti akan berubah.. saya hanya tersenyum sambil berkata padanya.. kita pasti ke kita akan berubah? pasti ke hidup kita ini kekal lama?  2-3 hari lepas tu dia kemalangan tapi syukur.. dia masih selamat.. sebab Allah masih lagi bagi peluang untuk dia berubah tapi sayangnya peluang itu dia sia-siakan.. takpelah, semoga dia akan menjumpai penutup yang baik di dalam hidupnya..

Bagaimana ingin menemui penutup yang baik? Ya.. kembali pada Allah SWT.. itulah jalannya.. ingat para sahabat.. Allah SWT pernah mengingatkan kita di dalam Al-Quran.. antaranya surah Al-An'Am ptongan ayat 93.. maksudnya:
"..Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu" Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya..." (6:93)
P/s: Tengah rehat.. sambung kerja balik kejap lagi.. nak gi solat (~.~)

14 comments:

  1. semoga kita bertemua dengan penutup yang yang baik..

    hai ahad pun keje jugak...rajin2

    ReplyDelete
  2. dalam islam kita ada pilihan... halal atau haram...setiap pilihan kita akan ada imbalan nya samada ganjaran atau balasan...buat pilihan yg paling bijak...

    ReplyDelete
  3. tazkirah hari ahad.. syukur alhamdulillah. Thanks :)

    ReplyDelete
  4. penutup kepada sebuah cerita dan permulaan kepada cerita yg tak akan tamat..

    ReplyDelete
  5. wah..tengok tu,sempat lagi buat entry..cayalah niena..*_*

    ReplyDelete
  6. adoii..kene cari penutup yg baek..ermm

    ReplyDelete
  7. em... btl tu ada pembuka ada penutup... ada bermula ada akhirnya...

    ReplyDelete
  8. moga2 penutup hidup kita dengan akhiran yang baik ~ ameen

    ReplyDelete
  9. betul tu sis .. kdg2 peluang kita sia2kan dan kita ase kita mati lmbat agy .. pdhl kita tak tahu .rahsia Allah

    ReplyDelete
  10. penutup yang baik dpat markah banyak dalam penulisan ;)

    ReplyDelete
  11. Betul2. SOkong!!!! :)

    ReplyDelete
  12. ape yang diperkatakan macam dalam entri aku je..TRANSFORMERS...aku nak link kan..tapi tak reti la cik ros...

    ReplyDelete
  13. semoga saya menemui penutup yang terbaik...insyaallah...amin.

    ReplyDelete

terima kasih.. lain kali comment banyak-banyak lagi! (-.-)