Saturday, July 2, 2011

Isteri Hubaib yang setia..

Tadi, saya ada terbaca buku lama, koleksi simpanan anak buah saya yang akan ke Madinah tidak lama lagi.. saya terbaca mengenai kisah isteri Hubaib.. siapa itu Hibaib?

Hubaib, namanya Hubaib Ibnu Musallamah Al-Fihri, dia merupakan seorang perajurit perang manakala isterinya juga seorang srikandi..

Pada suatu ketika, Sidina Uthman Al-Affan memerintah Hubaib memberi pengajaran buat tentera Rom yang angkuh.

"Di manakah kita akan bertemu di medan perang nanti?" Tanya isterinya..

"Kanda akan berada di barisan paling hadapan, mengalahkan musuh Islam dan menunggumu di khemah tentera Rom jika Islam menang ataupun kita bertemu di syurga kelak..!" Balas Hubaib..

Allah SWT telah memenangkan kaum Muslimin ke atas kaum romawi. Bergegaslah Hubaib ke khemah panglima Rom menanti kehadiran isterinya di situ. Dia sangat terkejut apabila melihat isterinya sudah bersedia di situ. Jauh lebih hadapan daripadanya.

Saat itu jugalah Hubaib menitiskan air mata lelakinya, sangat terharu dengan kesetiaan isterinya. Indahnya jika semua wanita seperti isteri Hubaib.. kan?

12 comments:

Ku Azhar said...

alhamdulillah kalau suami2 sekarang mcm tu kn....doa2kn ku ye spaya jd baik cmtu :D

Kalamhati said...

huhu cinta sejati kerana Allah..bertemu dan berpisah kerana Allah..indahnya

Unknown said...

wahh..isteri yg setie..hai akak niena :)

Syazwan Che Deraman said...

isteri yang setia :).

Kyra Elric said...

kyra pon nak camtue gak~~tapi mampukah kyra sebagai seorang wanita yang masih lagi belum sempurna huhuhu

waveX said...

Semoga sentiasa mencontohi isteri Hubaib..amin..

. said...

setia :)

mas saari said...

semoga akak menjadi isteri yang setia, sesetia isteri Hubaib!

K said...

semoga mendapat isteri yang setia :)

suha said...

mahu jadi isteri yg setia insyAllah (^_^)

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

semoga akak dpt suami yg baik2 and jadi isteri solehah mcm isteri Hubaib..

Jahirah said...

semoga kita semua dlm kalangan yg setia...:)