!! INI BUKAN SEGMEN BIASA !!
TOLONG PERCAYA

TOLONG PERCAYA

SEGMEN PRINCESS KATAK (skandal saya)
klik SINI untuk join
CERITA INI SESUAI UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT !!
Pada satu hari ada sekumpulan katak yang berlumba lari, tujuan mereka adalah ingin mencapai ke bukit yang tinggi..
Princess Katak turut menonton perlumbaan itu sambil ditonton oleh kaum kerabat katak yang lain.. Tak semua katak termasuk Princess Katak percaya bahawa katak-katak itu mampu melompat di bukit yang tinggi itu..
-katak keding & katak nerd-
KATAK KEDING & KATAK NERD: Jalannya terlalu sukar ! mana mungkin mereka sampai ke sana..!
-katak gemok-
KATAK GEMOK: Takkan berhasil..! bukit itu terlalu tinggi.. (sambil mencungkil giginya)
Katak-katak terus jatuh ke dalam lembah kecuali yang betul-betul gigih berusaha, semakin lama mereka semakin sampai ke atas... terlompat-lompat cam seekor katak.. erk.. memang katak pun kan? Penonton terus bersorak..

-katak malas-
KATAK MALAS: Tak seekor pun berjaya !! semuanya hampeh !!
Katak-katak yang kecil mula menyerah, hanya seekor sahaja yang semakin mencapai puncaknya. Dia takkan menyerah !!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki bukit, kecuali ada seekor katak kecil yang telah berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berhasil ke puncak..
Katak yang lain hairan bagaimana dia boleh mencapai ke puncak.. mereka ingin tahu bagaimana. Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuannya?
-ini kerbau tau, bukan katak-
Rupa-rupanya katak itu pekak akibat disepak oleh saya semalam.. ok, disebalik cerita ini kita boleh ambil iktibar, walaupun berkaitan katak, tetapi ianya mempunyai kecenderungan yang positif..
Usah mendengar kata-kata negatif orang lain, kerana ianya sebahagian besar merosakkan mimpimu dan menjauhkan dirimu dari menemui kejayaan. Selalu fikirkan kata-kata bertuah..
Kerana sesuatu yang kamu dengar boleh mempengaruhi perilaku serta mindamu. oleh kerana itu, tetapkanlah selalu pendirianmu..
Katak yang pekak itu telah memperolehi kejayaan kerana kepekakannya.. dia menerima hadiah trofi berbentuk katak special dari CIKGU KATAK..
~semua gambar atas ihsan incik google~
15 comments:
wakkakakakakaka..
adakah aku begitu nerd sekali ?
hohohoh..
best dpt bahan keroro nih..
nak join ler.. ^^
ahhahaha... oh katak.. kamu tetap melompat wahai katak ehhee..
bagus ader pengajaran yg boleh di ambik untuk kita gunakan
terbaekk
alien katak tak ade? haha XD
katak oh katak
katak oh katak... g la cari putera katak wat laki :)
saya suka katak.
serious! :D
xleyh blah katak keding ngn katak malas..hahah
comel je katak ni,, katak yg pekak,,hhehe
hehe, comel la cerita ni..
ingatkan mimpi kawen dengan putera katak la tadi..hehe
wahahaha...blh baca tuk anak2 murid ni..tp anak2 murid katak kat atas tu la..haha
katak oh! katak... la... tak dengar ke.. eh pekak rupanya..hehe~
prince katak takde ke..?? (^^,)
wah , bes la story katak ni ..
ade pengajaran di sebalik klako an tuh. huhu
seronok jep bace .. ^^
haha..yes jadi katak..haha..err..betol tuh jgn dgr cakap org..kdg2 bole rosak kan kite sndiri :)
alamak!.
saya katak malas?.
kenapa?
heheheh..
time kasih niena..
banyak pengajaran dari entry nie.
Post a Comment